saya ingin bertanyakan apa perbezaan di antara pascasiswazah dan pascaijazah. bilakah penggunaan nya dalam ayat. | Pascasiswazah membawa maksud penuntut yang meneruskan pendidikan yang lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. Pascaijazah juga boleh membawa maksud yang sama. Lazimnya, istilah "pascasiswazah" digunakan. | Istilah | 17.09.2015 |
Saya pelajar pascasiswazah dalam proses membuat kajian pengesahan instrument untuk mengukur literasi kesihatan pergigian dalam bahasa Melayu. Saya tidak begitu faham kaedah untuk mengira index keboleh bacaan untuk petikan atau rangkap dalam bahasa Melayu. Saya mohon bantuan dari DBP sama ada boleh membantu saya mengira index kebolehbacaan itu atau memberikan saya kaedah pengiraan serta klasifikasi index. Sekian, terima kasih | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan mengira indeks kajian kerana hal ini melibatkan perkara yang teknikal, bukanlah aspek bahasa semata-mata. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam indeks yang telah disediakan. | Tatabahasa | 18.02.2015 |
bolehkah ejaan pasca-siswazah , dieja pascasiswazah (dsambungkan terus) | Ejaan yang betul ialah pascasiswazah. | Ejaan | 05.02.2014 |
BAGAIMANAKAH EJAAN YANG BETUL UNTUK PERKATAAN PASCASISWAZAH DAN PASCADOKTORAL ? SAYA TELAH MENCARINYA DALAM "CARIAN KATA" TETAPI TIDAK BERJAYA. TERIMA KASIH | Ejaan yang betul ialah pascasiswazah dan pascakedoktoran. | Ejaan | 25.11.2008 |
Salam sejahtera Saya merupakan seorang pelajar pascasiswazah di USM Pualu Pinang. Saya ingin memohon jasa baik serta khidmat nasihat tuan / puan / pegawai DBP untuk mengesahkan terjemahan abstrak tesis saya (Bahasa Inggeris ke Bahsa Melayu). Bersama-sama ini disertakan salinan abstrak berkenaan untuk maklumbalas tuan/puan jua. Di atas segala kerjasama tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. | Mohon kemukakan permohonan puan kepada tanya@dbpsahbahasa.my untuk khidmat pengesahan bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2019 |
1. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan istilah 'Proposal Defense' dan 'Viva Voce'? 2. Adakah betul penggunaan istilah 'pascasiswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? Keliru dengan hasil pencarian ini --> [pas.ca.sis.wa.zah] | ڤسچاسيسوازه Definisi : bkn penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 3. Adakah betul penggunaan istilah 'siswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? | 1. Mohon tuan/puan berikan penggunaan “proposal defense” dan “viva voce” dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. 2. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “pascasiswazah” sebagai penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. Ini bermakna merujuk kepada penuntut yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah. 3. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “siswazah” sebagai orang yang telah lulus dari universiti, iaitu lulusan universiti. | Istilah | 18.04.2019 |
Assalamualikum Tuan/Puan mohon bantuan untuk menyemak bahasa untuk tajuk surat rasmi | Tajuk yang betul ialah "UNDANGAN MENGHADIRI PENDAFTARAN PELAJAR BARU PASCASISWAZAH UiTM SESI MAC 2014 KALI PERTAMA". | Tatabahasa | 30.01.2014 |
Boleh tak imbuhan pinjaman seperti ' pra' dan 'pasca' bertindak sebagai morfem bebas seperti' anti', 'pro' dan 'kontra'? | Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Awalan 'pasca' ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sesudah. | Tatabahasa | 01.03.2011 |
Assalammualaikum, mohon penjelasan mengenai penggunaan perkara yang betul untuk pra pelancaran dalam 2 perkataan atau satu perkataan sahaja iaitu prapelancaran? | Ejaan yang betul ialah prapelancaran. Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia).
| Tatabahasa | 19.04.2018 |
Bagaimanakah penggunaan sebenar perkataan pra- dan pra. Adakah pra- hanya digunakan untuk kata nama khas? Contoh: Pra-PAS Atau pra digunakan selain kata nama khas? Contoh: prasangka Terima kasih. | Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). | Lain-lain | 17.02.2015 |