Beca yang dihiasi/dihiaskan dengan Jalur Gemilang tampak cantik dan menarik ketika membawa pelancong. Jawapan manakah yang paling sesuai dihiasi atau dihiaskan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut. 2) Beberapa orang murid sedang menjalani/menjalakan latihan lumba lari di padang sekolah. Jawapan manakah yang paling sesuai menjalani atau menjalankan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut.. 3) murid-murd yang bertugas sibuk menghias/menghiasi pentas dengan kain renda yang cantik. Jawapan manakah yang paling sesuai menghiasi atau menghias....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut... | Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). Apitan meN...i perlu diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Contoh frasa yang diberikan ialah 'menjalankan kehidupan' men-...-kan perlu diikuti objek yang tidak bernyawa iaitu 'kehidupan'. Jadi jawapan yang tepat ialah 'Menjalankan kehidupan'. Jawapan yang betul ialah; 1. dihiaskan dengan beca... 2. menjalankan latihan... 3. menghiaskan pentas... | Tatabahasa | 10.04.2013 |
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.la | Pemisahan suku kata yang diberikan adalah betul: makanan ma-kan-an sayur-sayuran sa-yur-sa-yur-an buah-buahan bu-ah-bu-ah-an beruang be-ru-ang bermain ber-ma-in membuang mem-bu-ang dia di-a laut la-ut siang si-ang bayaran ba-yar-an soal so-al buaya bu-a-ya tuala tu-a-la | Ejaan | 23.03.2012 |
bagaimana hendak mengetahui satu-satu perkataan yang mengandungi imbuhan memper-..kan itu membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja? (Harap jangan suruh rujuk tatabahasa dewan kerana sudah dirujuk) | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kausatif bermaksud (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yang berakhiran -kan yang mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (misalnya dalam ayat Ali membesarkan rumah, -kan dalam kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar). Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Dalam mengenal pasti sama ada membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan, tuan digalakkan selalu merujuk kamus bagi carian makna sesuatu perkataan | Tatabahasa | 14.09.2014 |
bagaimana hendak mengetahui satu-satu perkataan yang mengandungi imbuhan memper-..kan itu membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja? (Harap jangan suruh rujuk tatabahasa dewan kerana sudah dirujuk) | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kausatif bermaksud (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yang berakhiran -kan yang mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (misalnya dalam ayat Ali membesarkan rumah, -kan dalam kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar). Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Dalam mengenal pasti sama ada membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan, tuan digalakkan selalu merujuk kamus bagi carian makna sesuatu perkataan. | Tatabahasa | 10.09.2014 |
Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pihak tuan seperti yang berikut: 1. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan men.....,imbuhan berapitan men.....kan dan men.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 2. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan di.....,imbuhan berapitan di.....kan dan di.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 3. Manakah penggunaan kata arah yang betul? a.)Di dalam bilik tidur atau di bilik tidur b.)Di dalam rumah atau di rumah? c.)Menyusun buku di atas rak buku atau menyusun buku pada rak buku? 4. Apakah perbezaan maksud di antara kata arah (sisi,tepi,samping dan sebelah?Saya berasa tidak pasti dan waswas dengan penggunaan kata arah yang disebutkan dalam pembentukan ayat? 5. Apakah perbezaan maksud di antara merampas,merenggut,meragut? Sekian sahaja dengan penamatan persoalan saya dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas bantuan tuan untuk menyelesaikan kemusykilan saua. | 1. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contohnya "menyala". Apitan meN-...-kan terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya "menghambakan". Apitan meN-...i terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas boleh menerima apitan ini untuk membentuk kata kerja, contoh "membelakangi". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 151, 191, dan 202. 2. Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga, contohnya "ditulis". Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan.Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Seperti di-...-kan, apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "dipelopori". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 175, 202 dan 208. 3. Kedua-dua (a) dan (b) boleh digunakan mengikut konteks. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala di dalam ialah penggunaan kata sendi nama di diikuti dengan kata arah dalam bagi menunjukkan kedudukan sesuatu benda itu dengan nyata. 4. Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk meunjukkan hala atau jurusan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 286. 5. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, "merampas" ialah mengambil dengan kekerasan atau merebut. "Merenggut" bermaksud menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dengan kekerasan atau merampas. "Meragut" bermaksud menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. | Tatabahasa | 05.01.2010 |
Acik Nana WED 9:05PM Assalamualaikum & Selamat malam.. Minta maaf sy bertanya.. Saya sedang mencari beberapa buku untuk kursus saya.. Jadi saya tidak pasti pihak DBP di bahagian mana untuk saya bertanya tentang penjualan buku.. Jadi.. Saya sertakan senarai buku yang saya perlu kan.. Ada tak pihak DBP menjual buku² ini? 1. Novel Perawan remaja dlm cenkeraman militer kaya promoedya anantha teor 2. Sastera wangi - cerpen hanya seorang perempuan, cerpen perempuan 3. Cerpen perempuan - shahnon Ahmad. 4. Cerpen perempuan - anis sabirin 5. Novel tulang² berserakan - usman awang 6. Novel TIVI | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 21.09.2016 |
mengembeleng tenaga atau mengembleng tenaga. dari segi ejaan? dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'? menyenggara atau menyelenggara? terima kasih | Ejaan yang betul ialah menggembleng dan menyenggara serta menyelenggara kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan tentang "dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'". Dari segi ejaan, yang betul ialah mengenal pasti, mengesah dan menjaga hak milik pelanggan. | Tatabahasa | 04.02.2014 |
Salam sejahtera SULAIMAN KAIAT, Soalan : 01 Bagaimanakah caranya untuk mengasingkan suku kata bagi sesuatu perkataan ? Adakah mengikut sebutan perkataan atau terdapat cara yang lain ? 02 Bagaimanakah caranya hendak mengasingkan dua perkataan di bawah ? ( a ) mengelakkan Jawapan guru sekolah ialah me + nge + lak + kan ( b ) ampaian Jawapan guru sekolah ialah am + pa + ian Adakah jawapan bagi kedua-dua perkataan adalah salah, tolong beri tunjuk ajar. Tolong beri jawapan dengan secepat mungkin kerana kami menerima aduan daripada ibu bapa. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. | Kenal pasti kata dasar tersebut dan seterusnya mengenal pasti imbuhan pada perkataan tersebut untuk mengasingkan suku kata. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu atau Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan. Suku kata untuk mengelakkan ialah 'meng + e + lak'. Suku kata ampaian pula ialah 'am + paian'. Harap maklum. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
mana satu yang betul, memperhatikan atau memerhatikan, memastikan atau mempastikan, jikalau mempastikan betul bermakna mempilih pun betul, begtu juga dengan mempulas, Boleh berikan sebab mengapa demikian? | Yang betul ialah memerhatikan dan memastikan. Apabila bentuk apitan meN...kan memberikan imbuhan bagi kata dasar bahasa Melayu yang berawalan k, p, s, t, maka kata awalannya diluluhkan seperti pasti menjadi memastikan dan kaya menjadi mengayakan. | Tatabahasa | 01.10.2007 |
Soalan 1 Minta pandangan tentang ayat arahan berikut: a. Baca tentang pekerjaan yang ingin dilakukan oleh Hana dan rakan-rakannya. Soalan 2 minta tolong semak penggunaan 'atau' Perkataan seerti bagi 'happy' ialah gembira atau riang. atau kita boleh juga letak seperti gembira/riang. Terima kasih. | 1. Arahan lazimnya mengandungi kata kerja dengan imbuhan kan sepertti bacakan dan jelaskan. Sila kenal pasti ayat tersebut sama ada menyuruh pembaca membaca atau menjelaskan tentang pekerjaan tersebut. 2. Kata atau digunakan apabila menyatakan perkara yang menjadi pilihan seperti A atau B. Apabila menulis ayat seelok-eloknya menggunakan perkataan yang sempurna, ...riang atau gembira.
| Tatabahasa | 30.04.2014 |