Assalamualaikum, Adakah pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan 'penganan' seperti kuih-muih lain? | Maksud penganan menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan. Maka pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan penganan. | Makna | 17.01.2018 |
boleh terangkan apa maksud bakeri dan konfeksioneri? definisi yang penuh. terima kasih | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bakeri bermakna 1. tempat (kilang) membuat roti (kek, pastri dsb); 2. kedai yg membuat dan menjual roti (kek, pastri dsb). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP. | Makna | 16.02.2009 |
saya ingin mengetahui penggunaan beg paiping dalam istilah melayu, adakah boleh menggunakan beg piping, beg pastri? | Dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, istilah bahasa Melayu untuk "piping bag" ialah beg paiping. | Istilah | 16.01.2017 |
Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Adakah perkataan "pembuat roti" merujuk kepada seseorang yang membuat roti saja? Atau, ia adalah sama dengan perkataan "baker" dalam bahasa Inggeris di mana ia merujuk kepada seseorang yang membuat roti, pastri, kek, puding dan sebagainya? Terima kasih. | Padanan baker dalam bahasa Melayu ialah pembuat roti. Secara khususnya kata nama tersebut merujuk orang yang membuat roti, namun jika dalam konteks yang umum seperti di kedai roti dan kek, umum mengetahui bahawa pembuat roti termasuklah juga pembuat kek. | Tatabahasa | 22.09.2014 |
Saya ingin tahu sumber perkataan 'Canai'. Ada sumber yang mengatakan perkataan 'Roti Canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Jika teori ini betul, adakah perkataan 'Canai' (mencanaikan) seperti digunakan dalam Bahasa Melayu yang bermaksud mengasah, timbul dari perkataan Roti Canai (Chennai) ini? | Antara maksud canai ialah menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri. Konsep ini digunakan untuk 'roti canai'. | Makna | 18.08.2009 |