Berikan subjek untuk ayat pasif di bawah ini. 1. Pasu-pasu bunga itu akan kami alihkan sebentar lagi. 2. Makanan yang telah basi itu telah saya buang sebentar tadi. | 1. Pasu-pasu bunga itu 2. Makanan yang telah basi itu | Lain-lain | 12.02.2015 |
Assalamualaikum.Saya nak tanya ayat berikut betul atau salah 1. Kita haruslah sopan santun terhadap orang tua. 2. Pasu-pasu bunga itu saya cat. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: (1) Kita haruslah bersopan santun terhadap orang tua. (2) Pasu-pasu bunga itu saya cat. (ayat pasif kata ganti nama diri pertama). | Tatabahasa | 10.03.2014 |
soalan saya berkenaan dengan perkataan "Pasu Tembikar". adakah Pasu Tembikar @ Tembikar Pasu yang betul penggunaannya? terima kasih | Frasa yang betul ialah pasu tembikar. | Tatabahasa | 15.09.2009 |
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih | (A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A). | Tatabahasa | 28.10.2014 |
Adakah kedua-dua ayat ini boleh diterima. 1. Ali mengankat pasu bunga. 2. Ali mengangkat pasu pokok bunga. Catatan:di dalam pasu bunga tersebut ada pokok bunga. | Memadai ditulis sebagai pasu bunga sahaja. | Lain-lain | 07.08.2019 |
"Kakak menanam bunga ke dalam pasu" atau " kakak menanam bunga di dalam pasu", yang mana satu betul? | Ayat yang gramatis ialah "kakak menanam bunga di dalam pasu". | Tatabahasa | 16.03.2014 |
mcm mana maksud ayat ini..di sudut luar rumah terdapat bebberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar di bawah pangkal pokok.sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah.tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut.kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran | Dalam bentuk biasa ayat ini menceritakan keadaan pasu bunga yang tidak tersusun dan terbiar yang terletak di bahagian luar rumah. Walau bagaimanapun dalam bentuk kreatif ayat ini mungkin mengandungi makna yang tersirat disebaliknya. Hal ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam lagi. | Lain-lain | 19.11.2008 |
Saya hendak bertanya, apakah penjodoh bilangan untuk pasu? adakah penjodoh bilangannya buah? contoh ayat, "ibu membeli tiga buah pasu." | Penjodoh yang sesuai ialah "sebuah pasu bunga". | Tatabahasa | 17.12.2015 |
Yang manakah tepat? 1. Menanam pokok bunga ke dalam pasu. 2. Menanam pokok bunga di dalam pasu. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah"Menanam pokok bunga di dalam pasu." | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Assalamualaikum, tumpang bertanya 1-Hari yang ceria= adakah betul ayat ini. 2-Ada sesuatu yang sedang berlaku.=adakah betul ayat ini Bilakah perkataan 'yang' sesuai digunakan dan untuk tujuan apakah ia digunakan? 1-Pasu di atas meja @ pasu atas meja= yg manakah betul. Terima kasih kerana membantu, Assalamualaikum | 1. Ayat pertama dan kedua adalah betul. Kata hubung relatif yang berfungsi sebagai penghubung klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 2. Frasa yang betul ialah pasu di atas meja. | Tatabahasa | 16.10.2013 |