Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata path


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "The Path of Calligraphy" sesuai diterjemah sebagai "Laluan Kaligrafi Cina"? Terima kasih.Padanan yang sesuai untuk terjemahan perkataan The Path of Calligraphy ialah Laluan Kaligrafi sahaja. Jika keterangan dalam bahasa Inggerisnya The Path of Chinese Calligraphy barulah padanannya Laluan Kaligrafi Cina.Tatabahasa18.09.2017
Apakah terjemahan paling sesuai untuk 'path'? Contoh ayat: There are eleven different learning paths to choose from. Adakah 'Aliran'?Perkataan "path" ialah "laluan" dalam bahasa Melayu.  Dalam konteks contoh ayat yang diberi, ia boleh diterjemahkan kepada "laluan" dan bukan "aliran".Makna23.11.2020
Selamat pagi. Adakah penterjemahan tajuk berikut betul: "The Future Path of Modern Leadership Worldwide" menjadi "Laluan Kepimpinan Moden Seluruh Dunia pada Masa Depan". Terima kasih.Laluan Kepimpinan Moden Seluruh Dunia pada Masa Hadapan. Terjemahan tersebut adalah betul. Makna27.11.2021
Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? Contoh ayat: The Engaging Humor path is designed to help you build your skills as a humorous and engaging public speaker.Kami mencadangkan "engaging humour" diterjemahkan sebagai "bergurau senda" atau "jenaka bersahaja". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna22.07.2021
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

i. xylol - xilol

ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat 

iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma

iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus

v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata

vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid

vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung

viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak
Istilah15.04.2012
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "curling" yang merujuk kepada a game played on ice, especially in Scotland and Canada, in which large, round, flat stones are slid across the surface toward a mark. Members of a team use brooms to sweep the surface of the ice in the path of the stone to control its speed and direction. Terima kasihBerdasarkan carian data kami, belum ada padanan bahasa Melayu bagi perkataan curling. Kami akan mengemukakan istilah tersebut dalam Jawatankuasa Istilah Semasa bagi mendapatkan padanan yang sesuai. Tuan bolehlah menggunakan perkataan tersebut dengan meletakkan tanda petik seperti "curling" atau ditulis dengan tulisan italik dalam teks berbahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2017

Kembali ke atas