| Use a longer keyboard pattern with more turns Pattern dan more turns ni sesuai diterjemahkan sebagai apa ya? Terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 08.11.2022 |
| Kami mempunyai beberapa perkataan yang memerlukan terjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu seperti Metrologist, pattern approval, type approval, traceability, legal metrology, Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI), Legally relevant | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: Metrologist - "ahli metrologi" pattern approval - "kelulusan corak" type approval - "kelulusan Jenis" traceability - "kebolehkesanan" legal metrology - "undang-undang Metrologi" Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI) - "Alat Pengukur Bukan Automatik (NAWI)" Legally relevant - "relevan di sisi undang-undang" | Makna | 17.03.2022 |
| C8: The "twill" pattern is comprised of "hills and valleys". The "hill" portion enhances the aggressiveness of the wipe, while the "valley" portion provides a place for contaminants to hide. Malay : C8 : Corak “tenunan” yang terdiri daripada “bukit dan lembah”. Bahagian “bukit” meningkatkan keberkesanan sapuan, manakala bahagian “lembah” menyediakan kawasan bagi bahan-bahan cemar supaya tertutup. Assalamualaikum, mohon pencerahan adakah penggunaan "twill" sesuai dengan tenunan? Juga adakah "aggressiveness of the wipe" betul terjemahannya dalam bahasa melayu? Keberkesanan sapuan. Juga tolong semak sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa atau ejaan daripada ayat berikut. | Kami mencadangkan padanan “kelarai” untuk "twill" – yang bermaksud corak (anyaman, tenunan, dan lain-lain) yang berbentuk damdam (Kamus Dewan Edisi Keempat). Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya Untuk frasa "aggressiveness of the wipe" kaedah terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. atau Institut Terjemahan Negara (ITBM) pautan ada di laman utama KNDBP
| Penyemakan dan penterjemahan | 12.01.2023 |