Salam sejahtera. saya ingin terjemahkan "Chicken Patty" kepada Bahasa Malaysia. Carian pautan dalam DBP menunjukkan perkataan Inggeris "patty" sebagai "pai kecil" dalam BM. walaubagaimanapun, terdapat produk "chicken patty" yang diterjemahkan kepada "Patti Ayam" ataupun "Burger Ayam" dalam pasaran Saya ingin tahu istilah manakan paling sesuai? Terima kasih | Kedua-dua istilah, iaitu Pai Kecil Ayam dan Patti Ayam adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 06.01.2017 |
Bolehkan perkataan "patti" digunakan dalam Bahasa Malaysia untuk "patty" dalam Bahasa Inggeris? Di laman Istilah Malaysia, istilah "patti daging lembu" digunakan untuk "beef patty". Namun begitu, tiada perkataan "patti" disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi 4. Terima kasih. | Perkataan patti dan patti daging lembu adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 04.01.2017 |