Cikgu, penggunaan kata sendi nama kepada dan pada dalam frasa di bawah ini yang manakah betul. 1. patuh kepada peraturan 2. patuh pada peraturan. Saya telah merujuk kepada link:http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=patuh+pada+peraturan+atau+patuh+kepada+peraturan&d=10 dan mendapati bahawa tuan mengatakan bahawa frasa "patuh pada peraturan" adalah betul. Tetapi mungkin ahli bahasa berpendapat lain. Tengok link ini: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Kita+haruslah+patuh+kepada+peraturan+jalan+raya+demi+menjamin+keselamatan+diri. Frasa "patuh kepada peraturan" dalam ayat "Kita haruslah patuh kepada peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan diri." diberikan betul pula. Dalam hal ini, frasa patuh pada peraturan atau frasa patuh kepada peraturan barulah paling tepat mengikut hukum dan peraturan tatabahasa? | Dalam hal ini, kami mencadangkan frasa "mematuhi peraturan" digunakan, mematuhi ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek, iaitu peraturan. | Tatabahasa | 25.05.2014 |
Mana yang betul? 1. Patuh ( kepada / pada ) peraturan. 2. Patuh ( kepda / pada ) guru | Yang betul ialah 1. Patuh pada peraturan. 2. Patuh kepada guru. | Tatabahasa | 13.08.2014 |
patuh kepada arahan atau patuh akan arahan? terima kasih | Frasa yang betul ialah "patuh kepada arahan", kata sendi nama akan hadir selepas kata adjektif yang bersifat emotif seperti "saying akan anaknya". | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Yang manakah betul? 1. patuh kepada ibu /patuh pada ibu 2. Frasa ibu bapa merujuk kepada dua orang atau satu kumpulan? | 1. Frasa yang betul ialah "patuh kepada ibu". 2. Frasa ibu bapa merujuk kepada satu entiti, iaitu ibu atau bapa. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Manakah yang betul? 1. warga sekolah atau semua warga sekolah? 2. patuh pada arahan / patuh kepada arahan | 1. Frasa yang betul ialah warga sekolah kerana warga telah menunjukkan jamak. 2. Patuh pada arahan. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara patuh pada dengan patuh kepada? Sekian, terima kasih!! | Pada ialah kata sendi yang luas penggunaannya. Pada boleh digunakan untuk masa, tempat, benda abstrak dan benda konkrit tertentu. Kepada ialah kata sendi yang lazimnya digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan . | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Saya agak keliru dengan penggunaan 'pada' dan 'kepada'. Di antara frasa frasa berikut, yang mana satu betul keguaannya? 'patuh pada undang undang' 'patuh kepada undang undang' Terima kasih. | Puan Mastura, Pada ialah kata sendi yang luas penggunaannya. Pada boleh digunakan untuk masa, tempat, benda abstrak dan benda konkrit tertentu. Kepada ialah kata sendi yang lazimnya digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan . Oleh itu, frasa ayat yang tepat ialah: patuh pada undang-undang. | Tatabahasa | 26.02.2009 |
Patuh pada/kepada ketinggian iman. | Patuh pada ketinggian iman. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Tuan DBP, tolong beritahu saya frasa di bawah yang manakah adalah betul. 1. patuh akan perintah Allah 2. patuh kepada perintah Allah Berdasarkan pembelajaran Tatabahasa saya, "akan" digunakan jika belakang "akan" terdapat objek abstrak seperti perkataan "perintah" iaitu objek abstrak yang terdapat di atas. Manakala "kepada" pula belakangnya mesti ada objek bernyawa dan objek konkrit. Tolong saya selesaikan kekeliruan saya ini. Terima kasih banyak-banyak! | Ayat yang gramatis ialah "patuh kepada perintah Allah". Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.
| Tatabahasa | 29.04.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara dua ini, manakah penggunaan yang betul? Normal baharu-Patuh arahan PKPB atau Norma baharu-Patuh arahan PKBP. Terima Kasih. | Penggunaan perkataan yang betul ialah “Norma baharu-Patuh arahan PKBP” kerana “norma” bermaksud “peraturan baharu yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit”. Manakala normal pula membawa makna, tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan tertentu. | Makna | 12.05.2020 |