| Cikgu, penggunaan kata sendi nama kepada dan pada dalam frasa di bawah ini yang manakah betul. 1. patuh kepada peraturan 2. patuh pada peraturan. Saya telah merujuk kepada link:http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=patuh+pada+peraturan+atau+patuh+kepada+peraturan&d=10 dan mendapati bahawa tuan mengatakan bahawa frasa "patuh pada peraturan" adalah betul. Tetapi mungkin ahli bahasa berpendapat lain. Tengok link ini: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Kita+haruslah+patuh+kepada+peraturan+jalan+raya+demi+menjamin+keselamatan+diri. Frasa "patuh kepada peraturan" dalam ayat "Kita haruslah patuh kepada peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan diri." diberikan betul pula. Dalam hal ini, frasa patuh pada peraturan atau frasa patuh kepada peraturan barulah paling tepat mengikut hukum dan peraturan tatabahasa? | Dalam hal ini, kami mencadangkan frasa "mematuhi peraturan" digunakan, mematuhi ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek, iaitu peraturan. | Tatabahasa | 25.05.2014 |
| 1. Mak Siti sayang (pada/ akan/ kepada) anaknya. 2. Ali patuh (pada/ akan/ kepada) peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat sangat cantik. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? (merujuk kepada TD Edisi ke-3, "pada" tidak boleh digunakan di depan kata nama yang bermaksud sasaran, adakah pada dalam soalan 1 tidak boleh digunakan di depan anaknya?) | Ayat yang betul ialah: 1. Mak Siti sayang akan anaknya. 2. Ali patuh pada peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat cantik / sangat cantik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, rujuk halaman 274, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 08.08.2010 |