Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patutlah

Peribahasa

120

Don't cry stinking fish

Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.

Campak baju nampak kurap

You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.

Kamu seperti campak baju nampak kurap semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, frasa "tertumpu kepada pelajaran" atau "tertumpu pada pelajaran" patutlah betul? Saya berpandangan bahawa "tertumpu pada pelajaran" adalah betul kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk unsur abstrak. Apakah pendapat DBP?Tertumpu pada pelajaran.Tatabahasa24.05.2014
Tuan, yang manakah betul antara "jelas pada kita" dengan "jelas kepada kita"? Bukankah untuk manusia, sendi nama "kepada" digunakan? Contoh ayat: (1) Dengan memecahkan persoalan-persoalan tersebut, barulah akan jelas pada kita pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia. "Kita" manusia, jadi patutlah dikatakan "jelas kepada kita", tetapi saya tidak berasaskan pernyataan "kita" manusia sahaja kerana ada kaedah pembedaan guna lain antara sendi nama "pada" dengan "kepada". "Pada" menunjukkan tempat sandaran, "kepada" menunjukkan tempat tujuan, jadi untuk sendi nama "kepada", gerak sesuatu barang kepada sesuatu penerima pasti wujud, seperti dalam ayat: (2) Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada ibu - "rantai" bergerak daripada "ayah" menuju "ibu", maka "ibulah" tempat tujuan dan patut didahului sendi nama "kepada". (3) Kertas itu tertampal pada papan pernyataan - "papan pernyataan" tempat bersandar "kertas itu". Berdasarkan ayat (1), "kejelasan" kepentingan bahasa dalam kehidupan itu timbul pada kita, bersandar pada kita, maka sendi nama yang tepat "pada", kan? Jadi, rangkai kata yang betul "jelas pada kita" bukan "jelas kepada kita". Betulkah pandangan saya?Selamat petang:

Terima kasih atas huraian yang diberikan. Sila rujuk maklumat lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207.  Sekian.
Tokoh10.12.2016
Selamat pagi . Adakah ayat berikut betul ??? 1. Kita mestilah menghormati guru kita setiap masa. Soalannya: Perlukah saya mengajar murid saya meletak - lah di belakang perkataan kata bantu ??? Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa dalam Ujian UPSR Bahagian C , jika murid menulis contohnya mestilah , patutlah , haruslah dikira salah . Adakah ini betul ??? Terima kasih .Partikel -lah, -tah dan -kah merupakan kata penegas. Ia dirangkaikan dengan kata yang ingin ditegaskan dan mengalami proses pendepanan. Contoh: Itulah rumah idamanku, bukan : Rumah idamanku itulah.

Ayat yang cikgu berikan adalah betul. Untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang penggunaan partikel -lah sebagai kata penegas, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261. 

Lain-lain31.07.2009
Tuan, di sekolah saya lazimnya menggunakan perkataan "sempena" sedangkan frasa "bersempena dengan" adalah betul. Contohnya: bersempena dengan Hari Guru, atau sempena Hari Guru? Ini ialah suatu persoalan yang sukar untuk saya, macam kedua-dua bentuk pun boleh digunakan sahaja? Tetapi pada pandangan saya, penggunaan yang betul patutlah "bersempena dengan", kerana "bersempena" bermaksud mengambil berkat daripada. Contoh ayat di dalam Kamus Dewan telah membuktikan tekaan saya ini. Contoh di dalam Kamus Dewan: Pertunjukan MAHA pd tahun ini diadakan bersempena dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh. Apakah pendapat tuan?Kedua-dua perkataan boleh digunakan.Tatabahasa27.06.2014
Salam sejahtera; Tuan; 1. Benarkah partikel -lah boleh ditambahkan di mana-mana perkataan? 2. Betulkah ayat-ayat di bawah yang menggunakan partikel -lah itu betul dari segi penggunaannya. (a) Kita hendaklah berhati-hati semasa melintasi jalan raya. (b) Kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (c) Kita wajarlah memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. (d) Kita patutlah menghormati guru dan ibu bapa. (e) Kita haruslah mematuhi peraturan sekolah. (f) Kita mestilah menjaga kebersihan diri untuk menghindarkan penyakit. Sekian terima. Bantuan yang diberikan amat dihargai

Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. Begitu juga penggunaan lah dalam contoh ayat yang diberi adalah betul.

Tatabahasa25.06.2010
Cikgu Dewan, Tatabahasa Dewan mengatakan bahawa kata sendi nama "kepada" boleh digunakan untuk makna menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Perhatikan bahawa unsur mujarad tidak dikecualikan untuk menjadi sasaran kepada sesuatu kata kerja. Jadi, mengapakah bentuk frasa "tertumpu pada pelajaran" betul, sedangkan kata sendi nama "kepada" digunakan untuk menyatakan sasaran unsur mujarad? Saya rasa bentuk frasa yang betul patutlah "tertumpu kepada pelajaran". Dalam frasa ini, kata nama "pelajaran" ialah unsur mujarad yang menjadi sasaran kepada perbuatan kata kerja "tertumpu". Apakah pendapat DBP tentang soal bahasa ini? Contoh yang lain: 1. bergantung pada/kepada semangat ketabahan 2. memberikan penegasan pada/kepada bahagian itu dalam predikat 3. menumpukan perhatian pada/kepada bidang sintaksis 4. memberikan pengkhususan pada/kepada bidang morfologi Tolong tentukan penggunaan kata sendi nama yang tepat dalam keempat-empat ayat yang saya berikan. Saya memerlukan satu penjelasan tentang isu kata sendi nama ini. Terima kasih DBP!Merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 275, kata sendi nama "pada" antaranya berfungsi sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Maka, kata sendi nama yang sesuai dengan konteks ayat yang tersebut ialah: 
1. bergantung pada semangat ketabahan
2. memberikan penegasan pada bahagian itu dalam predikat
3. menumpukan perhatian pada bidang sintaksis
4. memberikan pengkhususan pada bidang morfologi 
Tatabahasa20.07.2014

Kembali ke atas