Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.vi.lion] | ڤاۏيليون

Definisi : 1. bangunan di tepi lapangan olahraga utk kemudahan peserta dan penonton; 2. rumah tambahan di samping rumah besar; 3. bangun­an sementara, terutamanya utk dijadikan tempat pameran, peraduan, dsb, astaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pavilion


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin membuat signboard kedai untuk petshop. Nama kedai "Cat Pavilion *Petshop *Hotel *Spa " dan atas sebelah kiri ada perkataan "kedai haiwan peliharaan". Adakah betul? Terima kasih.KEDAI HAIWAN PELIHARAAN  di bahagian atas sebelah kiri visual iklan. Cat Pavilion (nama premis di bahagian tengah visual - Pastikan nama premis perniagaan perlulah sama dengan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan maksud yang baik). Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa  Perapian/Penjagaan/Pembersihan/Aksesori. DIMILIKI OLEH: xxx (penjuru kanan bawah visual)Lain-lain18.12.2021
Bolehkah kami menggunakan perkataan "Gerai Makanan" untuk kedai kami yang terletak di food court Pavilion KL?

Perkataan tersebut boleh digunakan.

Makna12.03.2010
Penggunaan gelaran Sultan - Sultan di Malaysia Nama Plate - Sultan JohorDaulat Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan dan Yang Dipertuan negeri Selangor Darul Ehsan Segala Daerah Takluknya menjunung kasih Atas keberangkatan DYMM Tuanku ke Pavilion Aston Martin Sempena Asia Klasika 2013 pada 6 Okotber 2013 Sembah Takzim daripada Lembaga pengarah, pengurusan serta kakitangan ASTON MARTIN KUALA LUMPUREjaan03.10.2013

Kembali ke atas