Terima kasih di atas cadangan nama 'Armada Buana' dan 'Armada Betara Kala'. Sepertimana yang telah saya maklumkan tadi pihak syarikat kami bercadang menamakan kapal baru itu bermula dengan huruf "P" sepertimana kapal FPSO awal kami 'Perkasa' maka nama kapal kedua yang bakal siap ini akan juga dinamakan bermula dengan huruf "P". Kalau boleh, nama itu hendaklah nama yang simple dan senang disebut dan diingat lebih-lebih lagi pelangan kami adalah terdiri dikalangan orang asing. Terima kasih. | Cadangan lain ialah Pawana Buana. Pawana ialah angin atau bayu; atau Perwira Buana; atau Peterana Buana. Peterana ialah tempat duduk raja. | Lain-lain | 26.02.2008 |
apakah perbezaan di antara bahasa melayu klasik dan bahasa melayu standard | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2010) halaman 177 dan 178, bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, iaitu semasa zaman Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau dalam sastera lisan dan tulisan, seperti yang terdapat dalam karya-karya Melayu lama, misalnya Tuhfat al-Nafis dan Sejarah Melayu. Bahasa Melayu klasik ini mengandungi banyak kosa kata klasik seperti pawana, arakian, sahaya, masyghul dan syahadan. Bahasa Melayu standard ialah bahasa Melayu baku yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya seperti ejaan, bentuk kata dan tatabahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, dan digunakan dalam perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum. | Makna | 03.09.2024 |