Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ up, /melunaskan, menyelesaikan/ hutang; ( of insurance body ) membayar, membuat bayaran: I’ll report you unless you ~ up, saya akan laporkan hal ini kecuali kamu melunaskan hutang kamu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st out, a. spend money necessarily, mengeluarkan sst: I paid out four hundred ringgit a month on my loan, saya mengeluarkan empat ratus ringgit sebulan utk membayar pinjaman; she had to ~ out a lot of money to put her daughter through university, dia terpaksa mengeluarkan wang yg banyak utk membiayai pelajaran anaknya di universiti; b. (of bank etc) hand out interest etc to account holder, membayar: the bank ~s out dividends every six months, pihak bank membayar dividen setiap enam bulan; c. (esp rope, cable) menghulurkan: Harry, you can ~ the rope out now, Harry, kamu boleh hulurkan tali itu sekarang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ so. off, a. give wages and discharge from employment, membayar gaji dan memberhentikan: all the workers were paid off when the factory closed down, semua pekerja dibayar gaji dan diberhentikan apabila kilang itu ditutup; b. bribe so. to keep silent, menyuap sso; ~ st off, settle (debt, loan, etc) in full, /melunaskan, melangsaikan, menyelesaikan/ sst: I just paid off my house loan today, saya baru saja melunaskan pinjaman perumahan saya hari ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ off, be successful, berjaya; (of investment, deal, etc) mendatangkan keuntungan: I didn’t expect my plan to ~ off, saya tdk menjangka rancangan saya akan berjaya; the investment finally paid off handsomely, akhirnya pelaburan itu mendatangkan keuntungan yg banyak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st into, memasukkan sst ke dlm: their monthly salaries are paid into their individual accounts, gaji bulanan mereka dimasukkan ke dlm akaun masing-masing; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ in, memasukkan: I went there to ~ in some cheques, saya pergi ke sana utk memasukkan beberapa keping cek; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ for, a. give money for (goods received) membayar; (expenses) membayar belanja: we’ve paid for the meal, kami telah membayar harga makanan itu; I’ll ~ for your trip, saya akan membayar belanja perjalanan kamu; b. see vi (sense 3.); (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st down, membayar [amount] pendahuluan: she paid 10% down and the rest in twelve monthly instalments, dia membayar 10% pendahuluan dan selebihnya secara ansuran selama dua belas bulan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ so. back, a.give so. what one owes, membayar balik pd sso: don’t forget to ~ him back for the fare, jangan lupa membayar balik tambang padanya; b. punish so. for a wrong done to os, membalas balik: one day I’ll ~ him back for that, suatu hari nanti saya akan membalas balik perbuatannya itu; ~ st back, membayar balik sst: when can you ~ back the loan?, bila boleh kamu bayar balik pinjaman itu?; he paid the money back to his brother, dia membayar balik wang itu kpd abangnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ its way, mendapat keuntungan: the business soon started to ~ its way, tdk lama kemudian perniagaan itu mula mendapat keuntungan; ~ o’s way, a.bear o’s own expenses, membayar sendiri: he always ~s his way when we do a trip together, dia selalu membayar sendiri apabila kami pergi melancong; b. give payment as one buys or gets, membayar terus: he is determined to ~ his way when buying provisions, dia berazam utk membayar terus apabila membeli barang-barang runcit; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. (give money as payment to) membayar + approp n (kpd); (make payment) membuat bayaran: he ~s the gardener weekly, dia membayar gaji tukang kebun itu seminggu sekali; he paid the cashier and left, dia membayar harga barang itu pd juruwang dan terus pergi; he said he’ll ~ by cheque, dia kata dia akan membuat bayaran dgn cek; 2. give (amount) that is owed, membayar: the boy paid $50 to his friend for the old bicycle, budak itu membayar $50 kpd kawannya utk basikal buruk itu; I’ve paid the telephone bill, saya telah membayar bil telefon; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. (benefit, advantage) ada /faedahnya, untungnya/, berfaedah: it ~s to be on friendly terms with your neighbours, ada faedahnya jika berbaik-baik dgn jiran kamu; 3. suffer punishment, pain, etc for wrong act, menanggung akibat, menerima padah: the driver paid dearly for his carelessness, pemandu itu menanggung akibat yg teruk krn kecuaiannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. give money in return for services, dibayar gaji: his job ~s well, kerjanya itu dibayar gaji yg baik; 2. bring about a. (profit) menguntungkan, mendatangkan keuntungan: he has to find ways and means to make the business ~, dia mesti berikhtiar mencari jalan supaya perniagaannya menguntungkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n gaji; back ~, gaji tunggakan; in the ~ of, ( derog ) diupah oleh: we suspect that the thugs are in the ~ of a drug baron, kami mengesyaki penjahat-penjahat itu diupah oleh seorang raja dadah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pay


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk istilah berikut: a) user-pay - konteks ayat: projek lebuh raya berkonsep 'user-pay' - pengguna lebuh raya yang akan menyumbang kepada hasil kutipan pengendali lebuh raya. b) more interconnected - konteks ayat: keadaan ekonomi dan hubungan dagangan dunia Sekian, terima kasih.Istilah user-pay dan more interconnected masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan bagi terjemahan user-pay ialah bayaran pengguna manakala more interconnected pula ialah saling berkait atau  saling berhubung.  Istilah12.10.2018
Boleh berikan saya maksud bagi perkataan-perkataan berikut: 1) Soft Launch 2) Bundle Sales 3) Data Bundles 4) key in 5) Pay Per Use Terima Kasih1) Soft Launch - pelancaran lunak/mudah
2) Bundle Sales - jualan pukal (cadangan kami)
3) Data Bundles - ikatan data
4) key in - masuk (data)
5) Pay Per Use - bayaran setiap penggunaan
Penyemakan dan penterjemahan16.06.2015
Hi, apakah padanan untuk "Procure-to-Pay" dan "Procurement-to-Payment"?Perolehan untuk pembayaran.Penyemakan dan penterjemahan17.10.2007
SAYA NAK TANYA BANYAK RANCANGAN TV SEKARANG GUNAKAN BAHASA ROJAK SEPERTI LET DU - IT, YOU CAN DU-IT, DAN JUGA SISTEM ATAS TALIAN SEPERTI JOM PAY. INI AGAK MENGELIRUKAN.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman tuan, DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa dalam media elektronik. Kami bersetuju dengan pendapat tuan, ada rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayuyang menjadi citra kebangsaan.Lain-lain02.11.2016
SOALAN: Betulkah terjemahan ini? An arbitral tribunal appointed by Malaysia and Singapore has decided that a joint investment company of the two countries will not be conditionally liable to pay development charges on the former Malayan Railway parcels of land in Keppel, Kranji and Woodlands. In January 2012, Singapore and Malaysia entered into an agreement, submitting the issue to final and binding arbitration. The Permanent Court of Arbitration acted as registry in this arbitration. (TERJEMAHANNYA) Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.

Tribunal timbang tara yang dilantik oleh Malaysia dan Singapura telah memutuskan bahawa syarikat pelaburan bersama kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan atas tanah bekas milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian dan mengusulkan isu kepada Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.

 

Penyemakan penggunaan bahasa ini mengambil kira aspek bahasa, sila pastikan makna dalam bahasa Melayu sama dengan makna dalam bahasa Inggeris.  Sila pastikan isu diusulkan kepada pihak yang betul, sama ada kepada Mahkamah Timbang Tara atau Tribunal Timbang Tara.
Penyemakan dan penterjemahan11.11.2014
MEMINTA UNTUK SEMAK EJAAN BANNER DAN MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN MENGGANTUNG BANNER INI1. Betulkan kepada Jualan Mega! (rapatkan tanda ! dengan perkataan sebelumnya)
2. Betulkan format tarikh seperti yang berikut: 19/1-9/2 2019
3. Betulkan Easy Pay kepada Bayaran Mudah
4. Betulkan ESPANA ROOF kepada BUMBUNG ESPANA
5. Betulkan dari RM1.39 kepada daripada RM1.39 (rapatkan RM dengan angka). Sila betulkan pada tempat lain yang berkaitan
6. Betulkan MONIER CONTOUR kepada BUMBUNG KONTUR MONIER
7. Teks pada bahagian bawah perkataan Setiap Satu tidak jelas dan sukar dibaca. Sila lampirkan visual keseluruhan dengan teks yang lebih jelas untuk memudahkan penyemakan.

Kemudian, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,  daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran untuk pendaftaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain22.01.2019
Tuan, 1. Mengapakah kata kerja 'memperoleh' bukannya 'memperolehi' diguna pakai dalam bahasa Melayu sedangkan ada kata kerja 'menghadiahi' atau 'menerangi'? 2. Terjemahan tepat "Take Home Exam" dalam bahasa Melayu apa? Terima kasih.

1.  Awalan memper-... ditambah dengan kata dasar oleh membentuk kata kerja memperoleh, tidak ada kata dasar olehi untuk membentuk kata kerja memperolehi. Manakala perkataan menghadiahi wujud apabila kata dasar hadiah menerima apitan meN-...-i.

2.  Terjemahan 'Take Home Exam' belum ada dalam bahasa Melayu, terdapat istilah 'take-home pay' yang diterjemahkan kepada gaji bawa pulang dalam bahasa Melayu. Berdasarkan contoh tersebut, kami mencadangkan 'Take Home Pay' diterjemahkan kepada 'Peperiksaan Bawa Pulang' dalam bahasa Melayu.

Tatabahasa08.11.2010
Tukarkan ayat tanya biasa kepada ayat tanya songsang. 1. Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam? 2. Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? 3. Cawangan bank tersebut ada di Kuala Terengganu? ~(a)Adakah partikel-'kah' diperlukan? (b)Adakah kita boleh menukarkan ayat tanya tanpa ~'kah'? ~(c)sila berikan jawapan yang lengkap untuk kami (guru-guru bahasa Malaysia dari Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka) membuat rujukan dan perbincangan selanjutnya, terima kasihAyat Tanya tanpa kata tanya, boleh disertai partikel tanya -kah, atau sebaliknya; dan partikel -kah diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Contohnya:
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam?
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalamkah?
Ayat tanya dengan kata tanya hadir dalam predikat ayat, seperti Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? Ayat ini perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan, seperti Bilakah Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan?
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 441 - 448.
Tatabahasa19.02.2016

Kembali ke atas