Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.yang] | ڤايڠ

Definisi : sj pukat (utk menang­kap ikan); orang ~ penangkap ikan yg meng­gunakan payang; perahu ~ sj perahu nelayan (utk menarik pukat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yang] | ڤايڠ

Definisi : Jk; memayang menolong orang berjalan dgn menyangga tangan orang itu, memapah, menyangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yang] | ڤايڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), buah keluak, kepayang, Pangium edule. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yang] | ڤايڠ

Definisi : pukat utk menangkap ikan: perahu ~ sj perahu nelayan utk menarik pukat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata payang

Puisi
 

Apa guna dayung direngkuh,
     Perahu payang kayu meranti;
Apalah guna menunggu tumbuh,
     Yang hilang belum pun berganti.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya...agak keliru yang mana adalah betul.. -samada -sama ada -samaada cikgu saya saling bertelagah dan berlain pendapat tentang hal ini dan saya amat payang untuk memilih ketika membuat karangan peperiksaansama ada.Tatabahasa25.08.2007
Tuan , saya ingin tahu sama ada penggunaan kata pemeri dalam ayat-ayat berikut adalah betul atau sebaliknya. 1. Kayu yang sesuai ialah yang berukuran 20 meter. 2. Pukat payang yang sesuai untuk sesetengah perairan adalah yang berukuran 200 meter panjang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasih.Penggunaan kata pemeri dalam ayat pertama betul. Walau bagaimanpun penggunaan kata pemeri dalam ayat kedua tidak gramatis kerana kata pemeri adalah hadir di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama. Untuk maklumat lanjut lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa10.06.2012

Kembali ke atas