Saya ingin bertanya, perkataan payudara adakah ia satu perkataan atau dua? bergitu juga dengan dikenalpasti atau dikenal pasti dan kebanyakkannya or kebanyakannya? Thanks | Payudara, dieja dengan satu perkataan, kenal pasti dieja dengan dua perkataan dan kebanyakannya dieja dengan satu k. | Ejaan | 11.04.2007 |
Assalamualaikum wbt, Saya sedang menulis sebuah tesis dalam Bahasa Melayu. Mohon bantuan DBP untuk membetulkan terjemahan istilah berikut dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. a. Premenopausal breast cancer (English) - Kanser payudara premenopausal (Bahasa Melayu) b. Postmenopausal breast cancer (English) - Kanser payudara postmenopausal (Bahasa Melayu) Sekian terima kasih atas bantuan. - Mohd Razif Shahril | Cadangan terjemahan kami ialah: a. Premenopausal breast cancer - Kanser payudara pramenopaus b. Postmenopausal breast cancer - Kanser payudara pascamenopaus | Lain-lain | 24.12.2012 |
Breast Pump ialah pam susu atau pam payudara? | Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat. Jika untuk tujuan memerah susu disebut pam susu, tetapi jika untuk tujuan membesarkan payu dara disebut pam payu dara. Terima kasih. | Istilah | 12.12.2014 |
Tuan/Puan, Saya ingin menerbit 15 siri buku-buku dalam Bahasa Malaysia untuk bacaan umum berkenaan dengan barah payudara. Setiap buku sebesar separuh kertas A4 yang berlainan tajuk mengandungi 20-40 mukasurat dengan gambar yang berwarna-warni. Saya berharap ini dapat siap sebelum acara kami pada 29 Oktober 2016. Mohon maklumbalas tuan/puan. Terima kasih. | Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel khalik@dbp.gov.my (Tuan Haji Khalik bin Sulaiam). Manuskrip lengkap mestilah mengandungi: (i) bahan awalan (ii) bahan teks (iii) bahan akhiran Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 01.09.2016 |
saya nak Khidmat Nasihat Bahasa dalam banner tersebut... Banner ini hendak apply lesen iklan | Dalam iklan, teks bahasa Melayu hendaklah ditulis di sebelah atas dan hurufnya lebih besar, sementara teks bahasa Cina dan bahasa Inggeris di sebelah bawah dan hurufnya lebih kecil. Rawatan buah dada sepatutnya rawatan payudara dan rawatan pelangsing badan sepatutnya rawatan pelangsingan badan, iaitu Pusat Kecantikan dan Pelangsingan Badan. Sila fakskan iklan saudara ke 03-21422029 untuk mendapatkan pengesahan. | Lain-lain | 01.10.2009 |
Assalamualaikum These results suggest that increase time spent in sedentary behaviour was associated with poorer level of high moecular weight adiponectin while sedentary behaviour was associated with poorer health-related quaity of life among breast cancer survivors. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa yang diluangkan untuk aktiviti fizikal berintensiti sederhana hingga tinggi mempunyai hubung kait dengan peningkatan tahap serum adiponektin bermolekul tinggi (BMT) manakala tingkah laku tidak aktif mempunyai hubung kait dengan tahap kualiti hidup berkaitan kesihatan yang buruk. Terima kasih. | Terjemahan bagi kenyataan bahasa Inggeris yang ditanya ialah: Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa untuk tingkah laku sedentari berhubung kait dengan tahap adiponektin bermolekul tinggi yang rendah manakala tingkah laku sedentari berhubung kait dengan hidup yang kurang berkualiti dalam kalangan pemandiri kanser payudara. | Makna | 15.07.2018 |