Mohon tuan/puan nyatakan yang mana satukah sebutan yang betul bagi pernyataan berikut, sebagai contoh. Malaysia telah menandatangani 1. Konvensyen PBB, atau 2. Deklarasi PBB, atau 3. Artikel PBB. Terima kasih. | Selamat petang 1. Konvensyen bermaksud persidangan atau perjumpaan anggota atau wakil pertubuhan politik dll utk membincangkan sesuatu. 2. Deklarasi bermaksud pernyataan (pengumuman) rasmi. 3. Artikel bermaksud 1. bahagian atau fasal drpd sesuatu undang-undang. 2. karangan atau tulisan ttg sesuatu perkara yg disiarkan dlm akhbar dsb; makalah. Oleh itu, pernyataan yang betul ialah Deklarasi PBB. | Lain-lain | 26.09.2016 |
Assalamualaikum,saya ingin bertanya, bagaimanakah penggunaan huruf besar dan kecil untuk PBB? Contoh: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Sekian, terima kasih. | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah kata nama khas yang dieja dengan hururf besar. | Ejaan | 09.12.2011 |
Saya ingin bertanya United Nations dalam bahasa Melayu ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Bangsa-Bangsa Bersatu? | Padanan yang betul ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.04.2017 |