Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pd


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)apakah maksud amalan dari segi istilah dan bahasa ? 2)apakah maksud agama dari segi istilah dan bahasa?

    Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan.

  Manakala maksud agama ialah kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa);

Istilah25.03.2009
menggantung 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: a) Ayah menggantungkan gambar keluarga pada dinding. b) Ayah mengantung gambar keluarga pada dinding. Minta pencerahan encik/puan, adakah ayat a dan ayat b ini betul? Saya dapati kata menggantung dan menggantungkan mempunyai maksud yang sama, adakah betul pemahaman saya ini? Terima kasih.Kedua-duanya mempunyai maksud yang hampir sama. Namun, terdapat perbezaan dari aspek tatabahasanya, iaitu perkataan menggantung diikuti satu objek sahaja seperti ayat "Dia menggantung kelambu", manakala kata kerja menggantungkan diikuti oleh dua objek seperti ayat "Dia menggantungkan baju pada tiang rumah".Tatabahasa09.10.2022
apakah maksud kebergantungan?Maksud perkataan ini ialah perihal (keadaan) bergantung (pd): sikap ~ pd orang lain. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. Harap maklum.Makna19.07.2008
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding.

Saudara,

Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud  1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.

Daripada makna di atas, kata menyangkut  digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan  pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu   pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding.

Tatabahasa25.08.2010
KONSORTIUM PD SDN. BHD.Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan.  Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain25.10.2017
Kesetiaan pd raja & negarateks mantapTatabahasa28.05.2008
KONSORTIUM PD SDN BHD

Soalan  tidak jelas. Adakah saudara maksudkan  penamaan iklan yang betul?  Bagi penamaan iklan yang betul ialah KONSORTIUM PD SDN. BHD. Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan saudara  melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/
Sekiranya lain daripada maksud di atas, mohon diberikan perincian.

Lain-lain24.10.2017
apakah istilah bahasa Melayu baku bagi penyakit kulit (kemerah-merahan) pd bhg muka atau pipi bayi (mungkin berpunca drpd lelehan air susu yg melekat pd kulit). Di Brunei kami menggunakan istilah kurap susu. Terima kasih.Istilah bagi penyakit itu dipanggil ruam, iaitu bintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dll).Lain-lain04.03.2010
maksud - menerawangMenurut Kamus Dewan, menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kainmempuntai beberapa maksud. Maksud pertama, melubangi, menembuk, menembus atau membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang juga bermaksud kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah. Selain itu, menerawang bermaksud termenung-menung atau memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya) atau berkhayal. Bagi membantu, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat NAsihat Bahasa DBP.Makna07.01.2007
(a) Mereka sedang membincangkan perkara itu. Boleh 'sedang' digantikan dengan 'tengah'? (b) Menurut jawapan KNDBP yang lepas, frasa 'kesakitan yang amat sangat' gramatis. Adakah ayat ini gramatis? 'Baju ini amat sangat cantik.' Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan 'tengah' ialah sedang (melakukan sesuatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu. Walau bagaimanapun perkataan ini biasa digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat 'Baju ini amat sangat cantik' betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245.    Tatabahasa24.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas