Assalamualaikum. Baru- baru ini pihak PDRM ada menggunakan perkataan "PENGAWAMAN" dimana maksudnya pengambilan kakitangan awam yang ramai untuk di tempatkan ke dalam organisasi PDRM. Saya semak melalui kamus dan istilah DBP tiada perkataan berkenaan . Adakah perkataan yang lain yang lebih sesuai. | Pengawaman timbul dari kata dasar awam dan melalui proses apitan pe...an, walau bagaimanapun tidak ada contoh perkataan ini digunakan dalam kamus atau penulisan lain. Oleh itu, hal ini akan kami bincangkan dalam Jawatankuasa Istilah semasa dan akan kami hubungi En. Fadzil kemudian nanti. | Tatabahasa | 09.06.2010 |
Padanan Perkataan | 1. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM. 2. Dafatar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM secara maksimum. 3. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mendapat akses maksimum. pihak tuan boleh memilih salah satu yang difikirkan paling sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin disampaikan. sekiranya tidak sesuai, tuan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut. | Tatabahasa | 27.08.2014 |
Assalamualaikum, Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257 Cadangan Slogan seperti berikut: "Gagal selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan" Mohon nasihat untuk pembaiikkan dan digunapakai. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman. | Bagi slogan "Gagal Selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan". Apakah yang gagal diselesaikan? Saman atau denda atau selainnya. Pada pandangan kami slogan ini tidak dapat difahami dengan jelas. Pertanyaan yang hamper sama pernah kami terima dan pernah mencadangkan "Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan". | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan cadangan dan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257(Contoh saman diseratakan) "Cadangan Slogan seperti berikut: Tidak hadir makhamah, Waran Tangkap akan dikeluarkan" Mohon pandangan dan cadangan untuk kegunaan dalam dwi bahasa, Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Sekian. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman. | Kami mencadangkan frasa tersebut dipinda menjadi: Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan. | Tatabahasa | 21.10.2015 |
Salam tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak DBP tentang singkatan yang betul bagi gelaran "Yang Dihormati" dalam surat rasmi. Untuk makluman pihak tuan/puan, amalan dalam PDRM, "Yang Dihormati" digunakan bagi mengelar pegawai-pegawai kanan polis. Namun, singkatan yang digunakan dalam surat rasmi selalunya ditulis sebagai "YDH". Saya telah semak Kamus Dewan dan tiada rujukan spesifik bagi singkatan "Yang Dihormati". Ada pihak berpendapat bahawa singkatannya sepatutnya ditulis sebagai "YDh.", tetapi ia kelihatan pelik. Justeru, mohon pengesahan DBP supaya maklumat yang betul bolehlah disalurkan kepada pucuk pimpinan PDRM. Terima kasih. Yang benar, ASP Lee Swee Sake | Salam Sejahtera Tuan. Kami mencadangkan singkatan bagi “Yang Dihormati” ialah “YDh.” Singkatan ini mengambil contoh pembentukan singkatan bagi “Yang Berbahagia”, iaitu “YBhg.” dan contoh pembentukan singkatan “Yang Amat Berbahagia”, iaitu “YABhg.” | Ejaan | 13.03.2014 |
Saya ingin tahu erti sebenarn apakah maksud lencana SAYA ANTI RASUAH sepertimana yang di pakai oleh Pegawai dan anggota PDRM. | Rasuah bermaksud perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti menerima atau memberikan wang suap(pecah amanah, menggelapkan wang dll.) Anti- ialah awalan yang bermaksud bertentangan dengan, melawan,menentang. Antirasuah bermaksud tidak menerima atau mengamalkan perbuatan menerima rasuah. Sdr. boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia. | Lain-lain | 01.10.2007 |
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih. | Saudara Anuar, i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii. Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM. Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA. | Lain-lain | 10.08.2009 |