dalam imbuhan BM, terdapat imbuhan peN-, N yang berhuruf besar itu merujuk kepada apa? -dalam kategori peN, terdapat imbuhan pe-, dalam imbuhan biasa juga terdapat imbuhan pe-, apa beza imbuhan pe- di bawah peN dan pe- sahaja. | Merujuk Tatabahasa Dewan, imbuhan peN...an, 'N' huruf besar kerana mewakili pe, per, peng, peny. Perubahan peN..an menjadi pe..an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ng,r,l,y dan w. Contoh: lari - pelarian, waris - pewarisan, manakala contoh imbuhan pe sahaja: lari - pelari, sara - pesara. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 121-122. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Kesilapan ejaan perak (bahasa Kd) versi jawi: [pé.ra/] | ڤيرق Definisi : Kd hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Bunyi bukan pé, tetapi pe (macam bunyi 'petai'). Bukan 'rak' tapi 'غak' ڤـغـقـ | Pihak kami akan mengemukakan perkara ini kepada pihak yang terlibat, terima kasih atas keprihatinan tuan. | Lain-lain | 04.02.2020 |
4. Mengapakah pusat membeli - belah tidak boleh digunakan LAGI? 5. Jika ditinjau secara mendalam, kata dasar / akar yang bermula dengan huruf L akan mengalami perubahan yang berikut apabila diberi imbuhan yang pe-......-an / pe-........ [a] lari--- pelarian [b] lompat --- pelompat [c] layar --- pelayaran Soalan saya mengapakah 'lihat' dan 'libat' mengalami perubahan yang berikut ? lihat --- penglihatan libat --- penglibatan Adakah kedua- dua diksi di atas salah atau betul ? 6. Apakah perbezaan antara kata yang bercirikan homofon, polisemi, dan homograf ? 7. Dalam frasa " Jika diperhalusi dari perspektif yang bahana" kata diperhalusi serta bahana salah atau betul ? 8. Saya kerap menggunakan satu ungkapan yang berikut dalam karangan saya ketika mencerakinkan isi dalam karangan tentang sikap mementingkan diri sendiri. Ungkapan tersebut ialah ' ala nafsi - nafsi siapa lu siapa gua' aDAKAH UNHKAPAN SAYA YANG INI SALAH ? 9. Bolehkah saudara menyarankan kepada saya beberapa sumber ilmiah untuk mendalami lautan Bahasa Malaysia yang sesuai sebagai pelajar berusia 16 tahun? 10. Saya masih samar - samar tentang BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU? | 4. Jawapan yang betul ialah pusat beli-belah. Membeli-belah ialah kata kerja. 5. Mengikut tatabahasa, yang betulnya ialah 'pelibatan' dan 'pelihatan', namun disebabkan kecederungan masyarakat menggunakan 'penglibatan' dan 'penglihatan', jadi ia diterima dan tidak menjadi kesalahan. kedua-duanya adalah betul dalam bahasa Melayu. 6. Homofon ialah perkataan yg sama bunyi dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Polisemi pula ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Homograf bermaksud perkataan yg sama ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Soalan 7 dan 8 tidak lengkap. 9. Sila rujuk Tatabahasa DEwan untuk keterangan. 10. Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) da keputusan jemaah menteri, istilah bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Malaysia. Terima kasih. | Tatabahasa | 19.04.2008 |
imbuhan pe dan per di hadapan kata 'lantik' dan 'letak'. (pelantikan/perlantikan) (perletakan/peletakan). Bagaimana hendak membezakan penggunaan imbuhan pe dan per. terima kasih.. | Awalan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contoh, petinju. Yang kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani . Manakala awalan per- berfungsi sebagai penanda makna alat atau tempat. Contohnya, perasap. Kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja. Contohnya, perburu -orang yang berburu. Oleh itu, ejaan yang betul untuk kata "lantik" dan "letak" ialah pelantikan/peletakan. Kata "pelantikan" ialah orang yang dilantik, manakala kata "peletakan" ialah orang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya. Sdr dinasihat agar merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP. | Tatabahasa | 12.02.2009 |
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'? | Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut: Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa). Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai). | Tatabahasa | 16.03.2009 |
bagaimana hendak penggalkan perkataan bangunan, saliran, rambutan, penyelamat,penimbas pakaian mengikut suku kata | ba-ngu-nan,sa-li-ran,ram-bu-tan, pe-nye-la-mat, pe-nim-bas pa-kai-an | Tatabahasa | 07.08.2007 |
macam mana hendak bezakan antara ejaan yang memerlukan imbuhan per... dengan pe....?? | Antara panduan yang boleh digunakan untuk mentukan kata terbitan yang terhasil sama ada dengan awalan pe-... atau per-.... Lazimnya awalan pe-... membawa maksud pelaku, iaitu orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar seperti pekebun dan peguam. Awalan per-... pula lazimnya penanda makna alat atau tempat seperti perasap (tempat membakar kemenyan) dan perbara (tempat bara api). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 115. | Tatabahasa | 30.05.2011 |
Sila semak semula imbuhan apitan yang betul bagi ejaan "penjarakan". Adakah: pe...an ATAU pen...an Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penjarakan&d=175768& Tarikah soalan: 09.06.2020 Jenis soalan: Tatabahasa "Ejaan "penjarakan" hanya mempunyai satu huruf k kerana imbuhan apitan dalam bahasa Melayu ialah "pe-...-an" bukan "pe-...-kan" | Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan. Ejaan "penjarakan" hanya mempunyai satu huruf k kerana imbuhan apitan dalam bahasa Melayu ialah "peN-...-an" bukan "peN-...-kan" | Tatabahasa | 22.06.2020 |
Terdapat buku cerita kanak-kanak dipasaran yang bersuku kata berlainan suku katanya. Contohnya perkataan :- "Perempuan" Sukukata yang mana satu betul? adakah "Pe-rem-pu-an" atau "Pe-rem-puan". | Suku kata yang betul ialah pe-rem-puan. Untuk keterangan lanjut berkenaan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 2008). | Tatabahasa | 08.04.2010 |
penggunaan imbuhan pe atau per untuk perkataan ( lantik ) untuk tujuan surat tawaran kontraktor | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. | Tatabahasa | 18.09.2013 |