| Salam sejahtera. Saya dari butik Peace Collections Group Berhad ingin mendapatkan pengesahan iklan papan tanda untuk memperbaharui lesen. Terima Kasih. | Untuk memohon pengesahan iklan melalui dalam talian sila layari lama web dbpsahbahasa.my atau boleh datang terus ke Kaunter Pengesahan Bahasa DBP yang berada di aras bawah. | Lain-lain | 20.01.2018 |
| selamat pagi, saya mewakili syarikat Peace Collections untuk menanyakan soalan tentang permohonan Sijil Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk iklan syarikat atau banner, Permohonan sekali dan di gunakan seluruh Malaysia atau kena buat permohonan setiap Daerah ? Sekian terima kasih | Sila buat permohonan untuk setiap pihak berkuasa tempatan yang berlainan. Contohnya, satu untuk DBKL, satu untuk MBSA dan lain-lain. | Lain-lain | 03.10.2014 |
| Terdapat atau tidak istilah tersendiri untuk perlakuan 'mengangkat dua jari (jari telunjuk dan hantu) ataupun dikenali sebagai peace' dalam Bahasa Melayu? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perlakuan mengangkat dua jari (jari telunjuk dan jari hantu). | Istilah | 01.11.2015 |
| Boleh saya mendapatkan terjemahan bagi perenggan berikut? "By 2030, ensure that all learners acquire the knowledge and skills needed to promote sustainable development, including, among others, through education for sustainable development and sustainable lifestyles, human rights, gender equality, promotion of a culture of peace and non-violence, global citizenship and appreciation of cultural diversity and of culture’s contribution to sustainable development." | Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.02.2017 |
| As salam Tuan, saya ini sangat hendak bertanya dan pendapat Tuan yang lagi arif tentang perkataan yang sesuai untuk Jabatan kami meletakkan papan tanda di tempat Pembakaran Mayat DBKL terutama di pintu masuk di mana dapat dilihat oleh orang awam ketika melalui jalan tersebut. besama sama ini juga saya sertakan draf atau perkataan mahu pun ayat yang sesuai di guna pakai. sehubungan denga ini juga saya memohon kepada Piha Tuan untuk menterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Melayu,Mandarin,India dan juga English, memandangkan negara kita mempuyai berbilang bangsa, Kerjasama pihak Tuan dalam perkara ini amat la saya hargai dan di dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEP AND SINCE SYMPATHY TO THE FAMILY OF THE DEMISE MAY THE SOUL REST IN PEACE OR THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEPEST CONDOLENCES TO THE BEREAVED FAMILY MAY THE SOUL REST IN PEACE yang iklhas MOHD RIZZUAN BIN HASAN | Wa alaikumussalam, Kami memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana DBP tidak memberikan khidmat penterjemahan. Pihak tuan boleh mengajukan pertanyaan dan bantuan sama ada kepada PPM (Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506) atau ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 03-41451800) Terima kasih. | Lain-lain | 28.08.2014 |
| Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti yang berikut ke dalam bahasa Melayu. i. field; ii. promotion; dan iii. body politic or body corporate. Perkataan-perkataan di atas digunakan dalam peruntukan di bawah seksyen 5, 12 dan 13 Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] seperti di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; … Application of income and property 12. (1) The income and property of the Corporation, whencesoever derived, shall be applied solely towards the promotion of the objects of the Corporation as set out in this Act, and no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly by way of dividend, bonus or otherwise howsoever by way of profit to the members of the Corporation: (bersambung) | Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
| TERJEMAHAN PERKATAAN “BELLIGERENT” KE BAHASA MELAYU Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan “belligerent” ke dalam bahasa Melayu. Contoh ayat yang menggunakan perkataan “belligerent” ialah seperti di bawah subseksyen 5(b) Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; (c) to perform all the duties devolved upon a national society by each nation which has acceded to the said Conventions.” 3. Jawapan segera daripada pihak Tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. AIN-NUR ‘AMIYERRA AWOD BINTI ABDULLAH Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang Jabatan Peguam Negara | Kami mencadangkan belligerent diterjemahkan sebagai "pihak berperang". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 29.01.2022 |
| Assalamu'alaikum, Mohon saya berkongsi pendapat (Saya pernah mengajukan perkara ini ke Facebook DBP). Kebelakangan ini saya dapati istilah ‘SALAM’ acap kali disalahguna dan disalahertikan. Bermula dengan “SALAM SEJAHTERA” sehinggalah sekaran ini yang semakin popular; “SALAM TAKZIAH”. Ucapan salam adalah bermaksud doa kepada seseorang dengan tujuan supaya penerima ujapan tersebut mendapat sejahtera, bahagia dan seumpamanya. Saya rasa DBP sendiri tentunya maklum, erti SALAM adalah; SEJAHTERA, SELAMAT (kata asalnya adalah salam). Kalau dalam bahasa Inggeris pula ia boleh membawa maksud; HAPPY, PEACE, MERRY. Bayangkan makna SALAM TAKZIAH jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris; HAPPY CONDOLENCE. Kita berharap seseorang itu boleh BAHAGIA dalam suasana DUKA. Saya dapati perkara seperti ini kerap dilakukan oleh juruacara, pengacara media massa, pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan orang ramai. Ditakuti nanti ia akan menjadi budaya yang salah kerana kita tidak boleh menafikan apabila ia sudah menjadi kebiasaan, maka amat susah untuk diperbetulkan seperti ucapan SALAM SEJAHTERA. | Salam membawa dua maksud, iaitu sejahtera dan penyataan hormat seperti lazimnya kita berjabat tangan apabila menyatakan perasaan sukacita ataupun dukacita. Merujuk konteks yang tersebut penggunaan Salam Takziah sebagai menyatakan perasaan dukacita dengan cara hormat. Ungkapan Salam Sejahtera pula jika diamat-amati membawa makna yang berulang-ulang kerana salam juga bermaksud sejahtera. Walau bagaimanpun ungkapan Salam Sejahtera telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
| Adakah ini maksud 'invader' dalam bahasa Melayu? | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengakui telah berlaku kesilapan sewaktu proses pemindahan daripada salinan keras kepada salinan lembut. Maksud invader yang betul adalah seperti maklumat di bawah: invader - n approp n + yg menyerang (sst): the ~s were driven back with heavy losses, tentera yg menyerang itu diusir dan mengalami kekalahan yg teruk; they were forced to make peace with the ~s, mereka terpaksa berdamai dgn negara yg menyerang negara mereka.
| Makna | 25.01.2018 |