Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pecah1 (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berbelah-belah: hancur, remuk, rapuh, ripuk, patah, kopak,

2. Bersinonim dengan merekah: retak, sompek, repih, terbelah, sumbing, robek, sobek, lulu cabik, rabak, koyak,

3. Bersinonim dengan meletup: meletus, meledak, meledos, pancit,

4. Bersinonim dengan tersebar: terbongkar, tercetus, tersiar, merebak, bocor,
Berantonim dengan tersimpan

5. Bersinonim dengan bermula: meletus, mencetus, terbit,

6. Bersinonim dengan serak: serau, garuk, pecah suara, sumbang, janggal, sember,

7. Bersinonim dengan berpisah: cerai-berai
Berantonim dengan bersatu

Kata Terbitan : berpecah, memecahkan, terpecah-pecah, pecahan, perpecahan, pemecahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Tuan, dalam kertas mesyuarat saya pernah terjumpa frasa PERINGATAN MESYUARAT. Adakah maksudnya sama dengan MINIT MESYUARAT? Mana lebih tepat antara keduanya mengikut pandangan DBP?Adakah menjadi satu kesalahan gaya penulisan Minit mengikut stail tersendiri?Contohnya mengikut sistem penomboran contohnya Perkara 1 ada pecahan 1.2 atau dipecahkan lagi 1.2.1 dan sebagainya, atau mengikut turutan seperti sistem Jabatan Pelajaran dengan melabelkan Perkara I,II,III,IV sehingga seterusnya. Terima kasih Ismail Hashim-Baling Kedah

Peringatan Mesyuarat sama maksudnya dengan Minit Mesyuarat. Walau bagaimanapun Minit mesyuarat  lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan  catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dan sebagainya). Gaya penulisan Minit tidak semestinya sama antara semua organisasi. Minit mesyuarat DBP tidak sama 100 peratus dengan minit mesyuarat Kementerian Pelajaran, Intan ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut: format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul).

Tatabahasa10.04.2011
Salam, Bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih!Pecahan suku kata yang betul ialah pa.ip; se.lu.ar; se.o.rang; ber.a.da; ke.a.da.an; dan mem.pu.nya.i. Pecahan ini berdasarkan kaedah pemenggalan suku kata ejaan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Tatabahasa11.05.2012
Salam, bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih!Pecahan suku kata yang betul ialah:
1. [paip]
2. [se.luar]
3. [se.0.rang]
4. [be.ra.da] / [ber.a.da]
5. [ke.a.da.an]
6. [mem.pu.nya.i]
Tokoh24.05.2012
Kata bilangan pecahan: Bilakah kita patut meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Bilakah kita tidak perlu meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? 1. Ali meghabiskan dua perlima gajinya untuk sewa rumah. atau Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 2. Ali makan setengah kek itu. atau Ali makan setengah daripada kek itu. 3. Ali bekerja setengah hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Mengapakah dalam ayat (3), kata sendi nama 'daripada' adalah tidak perlu? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 
2. Ali makan setengah daripada kek itu.
3. Ali bekerja separuh hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Lazimnya dalam konteks rasmi kita menggunakan perkataan separuh seperti separuh hari dan separuh gaji, separuh hari ialah frasa bukan perbandingan seperti dalam ayat 1 dan 2. Untuk lebih jelas, lihat ayat ini.
Tatabahasa11.04.2014
Kata bilangan pisahan: Perlukah penjodoh bilangan diletakkan selepas kata bilangan pecahan 'setiap'? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? Setiap murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. atau Setiap orang murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. Entri di bawah dipetik daripada Kawus Dewan. Penjodoh bilangan 'buah' diletakkan selepas kata bilanga pecahan 'setiap': 'Setiap buah kereta mesti didaftarkan'. Harap dapat jelaskan. Terima kasih. setiap 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban:Ayat yang lebih gramatis ialah ayat kedua kerana penjodoh bilangan "orang" perlu hadir dalam ayat tersebut sebagai penerang pada kata nama yang mengikutinya, seperti dua orang pelajar ...  dua orang ahli PBSM .... setiap orang murid...Lain-lain14.04.2014
Tuan, saya ingin semak pecahan suka kata untuk perkataan mengizinkan. 1 me- ngi- zin- kan- 2 meng- i- zin- kan- terima kasih.Pemisahan suku kata yang betul ialah meng-i-zin-kan.Ejaan26.05.2012
APAKAH MAKSUD NISBAH?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud 1. perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali.     2. Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan ke­luarga.

Makna30.09.2010
1. Adakah benar kata bilangan tentu tidak boleh diletakkan bersama-sama kata bilangan pecahan? Harap dapat jelaskan konsep yang harus diguna pakai. Yang manakah betul: 'Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam' atau 'Perjalanan itu mengambil masa satu jam suku/setengah.' ? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari.' atau 'Ali berjoging empat kilometer setengah setiap hari.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Harga buku itu tiga setengah ringgit.' atau 'Harga buku itu tiga ringgit setengah.? Mengapa? Yang manakah betul: 'Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu.' atau 'Sila bubuh dua sudu setengah garam ke dalam sup itu.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali minum dua satu pertiga gelas air tadi.' atau 'Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.'? Mengapa?Frasa yang betul ialah:
1. Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam. 
2. Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari.
3. Harga buku itu tiga setengah ringgit. 
4. Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu.
5. Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.
Rumus yang diikuti ialah nombor bacaan (1, 1/2 dan sebagainya) baru diikuti dengan unit kiraan (jam, kilometre dan sebagainya).
Tatabahasa28.03.2014
apakah definisi nisbah? Tarikh jawapan dikehendaki: 01/10/2010Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud 1. perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali.     2. Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan ke­luarga.Makna30.09.2010
Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. bagaiman pula dalam ayat matematik? contoh: Situasi berikut menunjukkan satu contoh kegunaan pecahan dalam kehidupan seharian. 3 orang sahabat berkongsi secara adil 1 biji kek. ‘Satu pertiga’ ditulis sebagai, 1 mewakili bahagian yang diberi kepada setiap orang. 3 mewakili bahagian yang sama rata daripada keseluruhan kek. tqDalam ayat nombor satu hingga sembilan dieja sepenuhnya. Walau bagaimanapun peraturan ini ditekankan dalam ayat matematik. Ayat matematik ditulis unitnya (1, 2 dan seterusnya) agar tidak mengelirukan pembaca/pelajar.Tatabahasa26.01.2011
1234

Kembali ke atas