Assalamualaikum Apakah kata kerja yang sesuai bagiperbuatan membawa pedang di pinggang ? | Kata kerja yang paling hampir bagi perbuatan membawa pedang di pinggang ialah menyisipkan. | Tatabahasa | 15.06.2020 |
Bolekah perkataan ‘kedubang’ digunakan di Malaysia? Contohnya dalam pertuturan Bahasa Malaysia harian. Sekian Terima Kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "kedubang" bermaksud 1. sejenis pedang pendek atau gedubang, 2. sejenis kelewang Acheh. Kelewang pula bermaksud 1. sejenis pedang pendek (bilahnya makin lebar arah ke hujung) 2. sejenis parang panjang yang berukir pada hujungnya. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan "kedubang" boleh digunakan sekiranya ia merujuk kepada benda yang diterangkan. | Istilah | 16.04.2014 |
Lucy Joseph JUM 9.36 PTG Lucy Joseph Selamat petang. Sy nak tanya karya ahmad patria Adakah buku Petua azkram dan pedang aurora sudah d terbitkan? | Untuk pertanyaan tentang buku, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501. | Lain-lain | 13.10.2017 |
Lanz Linked FRI 21:02 Lanz Linked Lanz Pihak DBP masih bercadang ke untuk mengulang-cetak novel Karya Ahmad Patria; Kembar Artakus, Petua Azkram, Pedang Aurora ? | Tuan boleh mengemukakan soalan ini kepada Bahagian Penyelarasan Penerbitan melalui alamat e-mel huriyatina@dbp.gov.my atau telefon 03-2147 9493. Terima kasih | Lain-lain | 25.11.2016 |
Salah satu takrif yang diberikan untuk 'si' dalam Kamus Dewan adalah kata yang bergabung dengan imbuhan ber- dan -an untuk menyatakan saling berbuat sesuatu. Contoh yang diberi adalah bersipadangan dengan maksud berpandang - pandangan. Bolehkah kata seperti 'bersilagapedangan' untuk maksud saling berlaga pedang digunakan dan adakah ia bertepatan dengan nahu Melayu? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat. Contoh bagi bersipandangan boleh digunakan kerana menggabungkan ber+si+pandang+an dengan kata dasarnya ialah pandang yang membawa maksud berpandang-pandangan manakala bersilagapedangan menggabungkan perkataan laga dan pedang. Maka tidak bertepatan dengan nahu Melayu. | Tatabahasa | 13.10.2018 |
Sebatang paku atau sebilah paku. Yang mana satu betul? Tolong beri penjelasan. Begitu juga dengan sebilah kapak, sebatang cangkul. Terima kasih atas pertolongan. | Jawapan yang betul ialah sebatang paku, batang - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. Lazimnya dalam penggunaan harian sebatang paku yang digunakan. | Tatabahasa | 26.08.2010 |
Selamat sejahtera, Di sini saya ingin mengemukakan beberapa soalan . 1. apakah kata kerja bagi perbuatan murid sekolah rendah yang membawa beg di kedua-dua belah bahu di belakang mereka. Adakah kata kerja itu menggalas atau menyandang ? Apabila disemak kamus menggalas menggunakan kayu tetapi setahu saya perbuatan itu kita sebut sebagai menggalas beg manakala menyandang hanya di sebelah bahu. contohnya menyandang senapang , pedang dan beg tangan. harap pihak DBP dapat berikan penjellasan. tk Soalan kedua tersadai dan terdampar Jika disemak kamus seakan-akan sama. pemahaman saya pula... tersadai untuk benda manakala terdampar boleh pada orang atau mayat. bagaimanakah hendak bezakannya kerana apabila disemak kamus , agak keliru. terima kasih,harap mendapat jawapan secepat mungkin kerana soalan dalam peperiksaan sekolah. terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perbuatan membawa beg di belakang ialah menggalas beg manakala membawa beg disebelah bahu ialah menyandang. Perkataan dampar membawa maksud hanyut dan terkandas di pantai. Perkataan sadai membawa maksud terdampar. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan secara bertukar ganti. | Makna | 13.05.2008 |
Salam. Tuan, bolehkah berikan sebab mengapa penjodoh bilangan bagi tombak ialah batang, bukannya bilah. Dalam jawapan pihak tuan sebelum ini, konsistennya batang. Ramai di luar sana dan dalam kebanyakkan buku penjodoh bilangan yang mengatakan bilah sebagai penjodoh bilangan bagi tombak. Mohon jasa baik pihak tuan menjelaskan kekeliruan ini. | Penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi tombak ialah batang. Hal ini disebab batang merujuk kepada penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah pula digunakan untuk penjodoh bilangan bagi benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati. Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih. | Salam. Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun). Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja. Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman. Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto. Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum. Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati. Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti. Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran. | Lain-lain | 18.11.2009 |