KAMI AKAN ADAKAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN DENGAN TEMA "SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA". SAYA INGIN MEMOHON PANDANGAN DARI PIHAK DBP PENGGUNAAN TEMA TERSEBUT. SEKIAN, TERIMA KASIH | Penggunaan perkataan SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA tidak tepat. Penggunaan yang paling tepat ialah SIAGA MENGHADAPI TENGKUJUH, PEDULI AKAN CUACA. | Lain-lain | 14.09.2018 |
Rangkai kata 'tidak kisah' tidak betul kerana 'kisah' tidak bererti peduli atau endah. Setuju? | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, makna kisah ialah hal, cerita,riwayat, kejadian. Tidak ada keterangan yang menunjukkan kata ini membawa makna peduli atau endah. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan harian dan dalam konteks bahasa lisan rangkai kata tidak kisah digunakan secara meluas dalam percakapan. | Makna | 23.07.2007 |
Adakah perkataan 'bena' (sekiranya wujud) diterjemahkan daripada perkataan 'banner'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan bena bermaksud (béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang. Manakala perkataan "banner" merujuk pada "kain rentang" iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. Oleh itu, perkataan "bena" dan "banner" tiada kena mengena antara satu sama lain. | Istilah | 01.04.2013 |
Mohon semakan terjemahan Meh, I don't really care that Pluto is no longer a planet. Ah, aku tak peduli pun Pluto bukan planet lagi. | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Ah, aku tak peduli pun Pluto bukan planet lagi. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: Ada aku kisah atau Ada aku kesah? Lazimnya, kisah menjadi pilihan, namun apabila merujuk kepada makna di kamus, ianya tidak menunjukkan maksud peduli. Mohon pencerahan mengenai hal ini. Terima kasih! | Mengikut Kamus Perdana Dewan, perkataan "kisah" bermaksud cerita atau ha tentang sesuatu; peduli. Manakala perkataan "kesah" bermaksud menyatakan rasa dukacita atau sedih dengan kata-kata kerana sesuatu kesusahan, kesakitan dan sebagainya; mengeluh. Berdasarkan keterangan tersebut, frasa yang betul ialah "Ada aku kisah". | Makna | 15.06.2020 |
Gaza Care | Cadangan: Gaza disayangi / Gaza dikasihani Gaza dilindungi Gaza diambil berat/diambil peduli diberi tumpuan diberi perhatian | Lain-lain | 12.02.2009 |
maksud perkataan cakna, pewaris | Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. | Makna | 26.04.2009 |
Ah, pergi 'jalanlah' dengan nasihat itu! Apakah cadangan untuk betulkan ayat ini? Terima kasih. | Ayat tersebut boleh diperbetulkan menjadi, "Ah, jangan peduli akan nasihat itu!" | Tatabahasa | 30.06.2009 |
Bolehkan perkataan 'cakna' digunakan dalam karangan penulisan diperingkat UPSR,PMR atau SPM.Adakah perkataan ini diterima oleh lembaga peperiksaan. | Cakna membawa makna - merupakan dialek Negeri Terengganu iaitu ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Cikgu, kata kerja dalam ayat larangan juga harus diimbuhkan dengan akhiran -kan atau menggunakan kata dasar? Contoh: 1. Jangan main di sini atau Jangan bermain di sini 2. Usah pedulikan dia atau Usah peduli dia | Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 450, contoh ayat larangan: (a) Jangan ambil harta orang. (b) Kamu jangan beritahu dia. (c) Usah kaupedulikan dia. | Tatabahasa | 13.05.2014 |