Assalamualaikum. Tuan, Selaku seorang penulis teks ucapan saya sering mengalami masalah meletakkan nama panggilan pegawai-pegawai mengikut jawatan masing-masing. Contoh 1: Selaku tuan rumah majlis persaraan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, dalam ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, apakah penggilan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan daerah-daerah lain dan yang diraikan? Dari segi susunan pula bagaimana? Adakah yang diraikan (ketua peringkat daerah) disebut dahulu berbanding pegawai-pegawai yang berada di jabatan peringkat negeri? Terima kasih | 1. Sapaan kehormat "Yang Berbahagia" digunakan sekiranya individu tersebut memiliki gelaran seperti Tan Sri, Datuk dan sebagainya. Penggunaan "Yang Amat Berusaha" digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan (Jusa C ke atas) dan "Yang Berusaha" kepada pegawai tinggi kerajaan. 2. Susunan ucapan mengikut kekanan pegawai berkenaan. | Lain-lain | 01.09.2016 |
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih | 1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”. 2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
| Tatabahasa | 03.09.2020 |
mohon pandangan, manakah yang betul, 1) kursus penguatkuasaan kepada pegawai-pegawai masjid negeri kedah darul aman atau; 2) kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri kedah darul aman.. mohon pandangan..terima kasih | Penggunaan ayat ini lebih tepat. Kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri Kedah Darul Aman. | Tatabahasa | 04.08.2020 |
Salam Mohon tuan perbetulkan penggunaan jawatan di bawah, yang mana satu betul? 1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bercarum 2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bercaruman Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah 1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bercarum | Tatabahasa | 09.05.2023 |
adakah ayat-ayat ini boleh/sesuai digunakan dalam penulisan. 1.Perjumpaan Pegawai Jabatan Pendidikan Bersama Pegawai PPD. 2.Perjumpaan Pegawai Jabatan Pendidikan Bersama-sama Pegawai PPD | Ayat yang betul: Perjumpaan Pegawai Jabatan Pendidikan Bersama-sama Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). | Lain-lain | 20.04.2021 |
Manakah satu ayat yang Betul? 1.Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. | Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
Salam sejahtera, Pegawai-Pegawai DBP. Soalan: Pakaian ini dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda warna dan tanda pangkat. Pakaian ini boleh juga dipakai dalam perbarisan-perbarisan rasmi Jabatan di mana pemakaiannya adalah seperti yang diarahkan. Adakah 'di mana' tersalah digunakan dalam ayat penyata tersebut? Hal ini demikian kerana tiada perjumpaan/kekurangan sumber yang boleh dipercayai untuk membuktikan kesalahan tertentu di laman web (Sebagai rujukan). Terima Kasih *100 | Penggunaan perkataan di mana dalam konteks ayat yang diberikan tidak betul. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan di mana mempunyai dua fungsi, iaitu: 1. Digunakan untuk menanyakan tempat, perkara dan sebagainya yang tidak diketahui. Contoh dalam ayat, Di mana boleh saya menjual sayur-sayuran ini? 2. Menunjukkan sesuatu dilakukan berdasarkan keupayaan, keperluan dan kesesuaian. Contoh dalam ayat, Sebagai isteri, beliau membantu di mana perlu. | Tatabahasa | 18.11.2021 |
Penulisan selepas tanda baca adakah perlu dirapatkan? Contoh, 1. Pegawai Perkhimatan Awam(PPP) atau Pegawai Perkhidmatan Awam (PPP) 2. tiga(3) atau tiga (3) | Cara penulisan yang betul ialah Pegawai Perkhidmatan Awam (PPP) dan tiga (3). (perlu ada jarak sebelum tanda kurungan) | Lain-lain | 01.02.2018 |
Manakah satu ayat yang betul dari segi penggunaan kata sendi? 1. Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. | Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
Mohon terjemahkan perkara-perkara berikut bagi tujuan membuat Business Card pegawai-pegawai ke Bahasa Inggeris: 1. Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Ketua Penolong Setiausaha Unit Dasar dan Perancangan Strategik Sumber Manusia 3. Unit Perancangan Sumber Manusia Guru 4. Unit Perancangan Sumber Manusia Bukan Guru 5. Unit Pemantauan dan Penilaian Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com. | Istilah | 25.01.2018 |