Adakah perkataan seperti peguam bela, peguam cara, hak milik, pasar raya dan kata majmuk lain berkemungkinan dirapatkan ejaan mereka kerana kecenderungan masyarakat untuk eja kata-kata tersebut rapat (peguambela, peguamcara, hakmilik, pasaraya)? Saya bertanya kerana kita sudah sedia maklum yang bahasa bersifat dinamik dan senarai kata majmuk yang sudah mantap ejaannya dirapatkan mungkin juga bertambah sejajar dengan perkembangan bahasa. | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 75) | Tatabahasa | 18.09.2017 |
Istilah manakah yang betul? "Peguambela dan Peguamcara" atau "Peguam bela dan Peguam cara"? | Ejaan yang betul ialah Peguam Bela dan Peguam Cara. | Istilah | 20.08.2018 |
1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih ! | Ayat yang telah diperbetul 1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan. 3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul | Tatabahasa | 26.09.2009 |
Assalamualaikum / Salam sejahtera, Saya ingin meminta kepastian sama ada perkataan di bawah ini dijarakkan atau tidak memandangkan ada jenis perkataan yang sering berubah dan menimbulkan keraguan di antara saya dan pegawai-pegawai atasan saya. Saya ingin kepastian untuk ejaan yang terkini. Sekian, terima kasih. (i) Peguambela dan peguamcara @ peguam bela dan peguam cara? | Salam, Tuan, Ejaan yang betul ialah Peguam Bela dan Peguam Cara. Terima kasih. | Ejaan | 19.03.2015 |
Apakah perbezaan antara pengerusi majlis dan pengacara majlis dan bilakah penggunaannya? | Puan Siti , terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah Manakala pengacara majlis pula ialah , Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 05.03.2009 |
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ | Selamat petang saudara, Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri. Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah. Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 15.10.2012 |