Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.jal] | ڤجل

Definisi : keras dan padat, tidak berongga dalam­nya: tubuhnya gempal dan ~; batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit; memejalkan menjadikan pejal, memadat­kan, memampatkan; kepejalan perihal (keadaan) pejal; pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal; pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.jal] | ڤجل

Definisi : tidak berongga di dlmnya; padat dan keras: batu ~ batu yg padat lagi keras. memejal menjadi pejal: Logam-logam itu bercantum apabila pateri ~. memejalkan menjadikan pejal; memadatkan: ~ tanah. pepejal benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). pemejalan proses (hal dsb) memejal atau memejalkan: Perubahan drpd bentuk cecair kpd bentuk pepejal disebut ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pejal (adjektif)
Bersinonim dengan padu, mampat, padat, tumpat, tetal, kejal, rapat, kejat, kedap, penuh, sarat, sendat, kimpal, pisik, sintal, gemuk, gempal;,
Kata Terbitan : memejalkan, kepejalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah kata ganda separa berikut betul? balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli, gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura, lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung, sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga Terima kasih.

Kata ganda dan kata ganda separa yang diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut.

Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang berikut:

i.                    Penggandaan separa kata nama tunggal

Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura).

ii.                  Penggandaan separa kata nama berimbuhan

Melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran).

Pembentukan kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM).

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138.

Tatabahasa08.07.2025
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah.Makna22.09.2007

Kembali ke atas