TUAN/PUAN YANG DIHORMATI,APAKAH KESALAHAN YANG TERDAPAT DALAM AYAT INI.....SAYA TIDAK DAPAT MENGENAL PASTI KESALAHAN TERSEBUT....SAYA NAMPAK DIA BERKEMEJA BIRU PEKAT SEMASA MENGHADIRI MAJLIS DI RUMAH KAK HABSHAH SEMALAM. | Saya nampak dia berkemeja biru pekat semasa menghadiri majlis di rumah kak Habshah semalam. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 28.01.2015 |
Tuan, bolehkah "Kaw" digunakan dalam konteks perkataan yang membawa maksud 'pekat'? Terima kasih. | Untuk makluman tidak terdapat perkataan "Kaw" dalam bahasa Melayu. Perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan yang tidak rasmi. | Ejaan | 14.02.2012 |
Cadangan terjemahan bagi "espresso shot" dalam Bahasa Melayu. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah kopi espreso pekat jika bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2020 |
Saya Wilada Yalaphanee Belajar Bahasa Melayu Dasar Inging bertanya tengtang Bahasa Melayu Nanah Apakah Maknanya | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nanah ialah cecair pekat berwarna putih kekuningan yang keluar darr bisul, luka yg terkena infeksi, dan sebagainya. | Makna | 28.10.2015 |
dalam English "Concentrated organic grape juice", diterjemahkan dalam bahasa seperti Pekatan jus anggur organik? | Salam sejahtera, Terjemahan yang sesuai untuk "Concentrated organic grape juice" ialah jus anggur organik pekat. Terima kasih. | Makna | 04.01.2018 |
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi perkataan berikut 1. Chicken Breakfast Sausage 2. Concentrated Liquid Detergent 3. Easy To Peel (untuk kulit popiah) Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Chicken Breakfast Sausage - Sosej Ayam Sarapan 2. Concentrated Liquid Detergent - Detergen Cecair Pekat 3. Easy To Peel - Mudah Diasingkan | Istilah | 01.04.2014 |
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih | 1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang. 2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair. | Istilah | 17.07.2012 |