apakah perbezaan surat pekeliling dengan pekeliling | Surat pekeliling ialah surat pengumuman rasmi kerajaan yang dicetak dan diedarkan manakala pekeliling merujuk jalan yang berpusing atau beredar biasanya ditambah dengan perkataan lain untuk menjadikan perkataan itu bermakna, seperti jalan pekeliling atau surat pekeliling. | Makna | 22.10.2009 |
Apakah tafsiran yang tepat 'Pekeliling Perkhidmatan'. | Pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Pekeliling perkhidmatan sama dengan Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Apakah perbezaan antara surat edaran, pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan? | Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengetahuan umum dan surat pekeliling atau surat pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu. | Makna | 25.09.2019 |
Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara Surat Pekeliling Am dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan? | 1. Surat Pekeliling Am lebih memfokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dll., contoh: Penyeragaman Format Kepala Surat. 2.Surat Pekeliling Perbendaharaan lebih memfokus kepada hal-hal berkaitan perolehan dan kewangan, contoh: Langkah untuk Perbelanjaan Awam. | Lain-lain | 05.05.2015 |
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduan | Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. | Makna | 31.12.2012 |
Apakah penjodoh bilangan untuk kata nama 'pekeliling'? Adakah 'buah' (e.g. 2 buah pekeliling) atau tidak perlu ada penjodoh bilangan (e.g. 2 pekeliling)? Terima kasih. | Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh yang demikian bagi perkataan perkeliling sudah memadai menggunakan ungkapan satu atau dua pekeliling. | Tatabahasa | 05.05.2008 |
Mohon pengesahan ayat yang betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka sama ada; (i) Cadangan Penerimaan Pemakaian Pekeliling; atau (ii) Cadangan Penerimaan Pakai Pekeliling | Menurut data kami, ayat yang betul ialah cadangan penerimaan pemakaian pekeliling. | Lain-lain | 27.03.2018 |
Salam. Mohon pandangan tentang penggunaan singkatan LNPT yang merujuk kepada (Laporan Penilaian Prestasi Tahunan) seperti mana terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 - Lampiran A2. Melalui rujukan pekeliling yang sama terdapat juga singkatan SKT yang merujuk kepada (Sasaran Kerja Tahunan). Sehubungan dengan itu di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 - Lampiran A3 iaitu Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) terdapat pula istilah "Perancangan Kerja Tahunan" yang tidak mempunyai sebarang singkatan. Mohon pandangan lanjut daripada pihak DBP, adakah singkatan RKT boleh digunakan untuk (Perancangan Kerja Tahunan). Sekian, terima kasih. | Sepertimana singkatan untuk Sasaran Kerja Tahunan diringkaskan kepada SKT, Perancangan Kerja Tahunan juga boleh diringkaskan kepada PKT. Lazimnya singkatan menggunakan huruf pertama pada setiap perkataan, kecuali ringkasan frasa tersebut telah dipopularkan menjadi RKT. | Tatabahasa | 20.01.2017 |
Saya ingin tahu perlukah diulangi menulis Surat Pekeliling Ikhtisas seperti yang berikut: Pihak sekolah berjaya menawarkan kerja kursus seperti kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1993 : Kerja Kursus Untuk Penilaian Menengah Rendah.(penggunaan pertama-ditulis penuh). Namun, tidak ramai guru yang mematuhi kehendak SPI Bil. 9/1993. (Penggunaan ke-2).Boleh disingkatkan seperti ini atau diulang sepenuhnya | Pengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 06.11.2010 |
Saya ingin mendapatkan maklum balas segera. Bolehkah tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi kerajaan? | Dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang. Dan hal ini perlulah disemak bersama dengan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA. | Lain-lain | 14.04.2014 |