| Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat akan kebajikan pekerjanya atau Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya munsyi, manakah ayt yang manakah betul? | Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
| Tuan, antara ayat berikut yang manakah betul? 1) Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan yang betul. 2) Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan dengan betul. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan dengan betul. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
| (kepada,demi) Sebagai pengurus syarikat, Encik Jamal bertangungjawab ______kebajikan semua pekerjanya. mana yang betul? | Sebagai pengurus syarikat, Encik Jamal bertanggungjawab kepada kebajikan semua pekerjanya. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
| Assalamualaikum, Mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan ' kita' dan 'kalian' dalam ayat-ayat di bawah: 1."Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. 2."Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. Prsoalan saya ialah, penggunaan perkataan 'kita' dan 'kalian' dalam ayat di atas, ayat manakah yang lebih tepat dan betul. Mohon penjelasan dari pihka tuan. Terima kasih. | Kata ganti nama diri kita merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar. Kalian merujuk kamu semua. Dalam ayat contoh yang diberikan, kedua-duanya betul tetapi berbeza maksud. Dalam ayat 1 ("Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya), penggunaan kita turut melibatkan Encik Mansorbersama-sama pekerjanya, manakala dalam ayat 2, ("Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya) tidak melibatkan penyertaan Encik Mansor kerana maksud kalian ialah kamu semua. | Tatabahasa | 01.07.2010 |
| Salah atau betul ayat di bawah. 1. "Akan saya jelaskan hal ini agar tiada yang salah faham,"kata Encik Ali kepada pekerjanya. | Ayat tersebut kurang tepat, yang betul ialah "Saya akan menjelaskan hal ini agar tiada yang salah faham,"kata Encik Ali kepada pekerjanya. | Tatabahasa | 14.10.2008 |
| Soalan Peribahasa Pengarah syarikat itu teelah memberhentikan pekerjanya yang malas kerana melakukannya pekerjaan apabila disuruh sahaja Haifizul amat kecewa akan keputusan pperiksaannya,namun segala-galanya telah terlambat Orang ramai disarankan supaya beringat-ingat ketika berbelanja.Biarlah perbelanjaan kita berpadanan dengan pendapatan yang kita peroleh. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya Szimaan bekerja di luar negara,akhirnya dia mengambil leputusan untuk pulang ke tanah airnya Apakah peribahasa di atas yang disenaraikan.Saa meminta bantuan | Untuk makluman, tuan boleh melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa tersebut dalam ruangan "Carian Spesifik" dan klik "Cari". Tuan akan memperoleh maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 10.01.2021 |
| Salam sejahtera tuan, Encik Lukman amat menyenangi sikap pekerjanya yang bernama Jamali kerana setiap tugas yang diberikan kepadanya pasti akan disiapkan dalam masa yang singkat. Terima kasih. | Ayat ini sudah sempurna struktur tatabahasanya. | Tatabahasa | 24.07.2008 |
| bolehkah perkataan "memotong" digunakan dalam ayat: Majikan itu MEMOTONG GAJI para pekerjanya yang bermasalah. terima kasih. | Penggunaan kata "memotong" dalam ayat di atas betul. | Sastera | 12.07.2019 |
| Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong. | 1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah bebas. 3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya koyak kerana disambar api. 8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong. Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
| Salam sejahtera, Adakah ayat ini betul. "Hakimi dilantik sebagai ketua ke atas 10 orang pekerja"? Adakah "ke atas" hanya boleh merujuk kepada tempat? Mohon penjelasan. Terima kasih banyak | Frasa ke atas digunakan untuk merujuk tempat seperti Kayu yang dipijaknya terjongket ke atas. Ayat yang betul ialah Hakimi dilantik sebagai ketua bagi 10 orang pekerjanya. | Tatabahasa | 24.06.2016 |