please advise the meaning of meaning of ' berhemah'. tks.ramu | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan hemah bermaksud budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. Oleh yang demikian perkataan berhemah dalam bahasa Inggeris bermaksud having good manners. | Makna | 24.08.2009 |
Salam sejahtera, Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang sama makna dengan "berhemah"? Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan hemah bermaksud budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. Oleh yang demikian, perkataan berhemah dalam bahasa Inggeris bermaksud having good manners. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.09.2018 |
Apa beza tatasusila dengan tatacara | Tatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
maksud dalam bahasa melayu 1) bestari 2) bistari | Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik. | Lain-lain | 19.10.2010 |
Salam Tuan, Soalan saya apakah maksud amalan berbudi bahasa. | Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan. | Makna | 17.06.2008 |
maksud bistari secara detail dan perkataan seerti bistari | Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik. | Makna | 19.09.2008 |
Berikan jenis-jenis kesantunan secara luas dan juga definisi kesantunan secara am. | Assalamualaikum Encik Saipudin, Kesantunan ialah perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; Dalam kalangan orang Melayu, kesantunan dapat dilihat melalui pelbagai perkara. Malahan sejak kita kecil lagi kita telah diajar bagaimana untuk bersopan santun apabila bercakap dengan orang yang lebiah tua, bagaimana hendak membahasakan diri dan juga bagaimana hendak menegur sapa mengikut peringkat umur seseorang. Encik juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui laman web dan juga buku-buku yang banyak dijual di kedai-kedai buku. | Makna | 19.02.2010 |
kepentingan bahasa eufemisme dalam kehidupan manusia? | Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar. Secara tidak langsung ungkapan ini menggambarkan ketinggian budi pekerti penuturnya dalam pertuturan harian, contohnya Ali meminta diri untuk keluar membuang air kecil. | Lain-lain | 01.08.2009 |
assalamu alaikum. mohon jelaskan maksud budi bahasa. kenapa ia begitu penting dalam masyarakat melayu. mohon jelaskan latarbelakang pembuatan ungkapan ini. terima kasih | Budi bahasa bermaksud mepunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejehteraan. | Makna | 22.02.2008 |
Adakah betul penggunaan ayat ' santun siswa' dalam logo untuk hebahan di laman sesawang/poster Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM? - Logo seperti di lampiran | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan 'santun' bermaksud halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan. Perkataan 'siswa' pula bermaksud penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti). Jadi tiada masalah jika perktaan tersebut digunakan sebagai slogan dalam logo tersebut. | Makna | 25.04.2019 |