Ejaan kedua-dua untuk perkataan adalah betul. Menurut Kamus Dewan Perdana paket ialah bungkusan yang dikirim melalui pos. Perhatikan tanda Id yang membawa maksud daripada bahasa Indonesia (Rujukan: Kamus Dewan Perdana).
Peket pula membawa maksud bekas atau bungkusan kecil daripada plastik, kertas dan sebagainya yang digunakan untuk mengisi barang (Rujukan: Kamus Dewan Perdana). Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Ketiga-tiga ayat tersebut boleh digunakan dengan penambahbaikan yang berikut:
1. Empat paket plastik bertanda K1 hingga K4.
2. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1 hingga K4.
3. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1, K2, K3 dan K4.
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 431 - 575.
Thanks for clicking. That felt good.