"Nazri tinggal di bandar pelabuhan Kuantan" atau "Nazri tinggal di Bandar Pelabuhan Kuantan"? | Ejaan yang betul ialah "Nazri tinggal di bandar pelabuhan Kuantan". | Ejaan | 28.09.2011 |
Apakah istilah atau terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "Space Port"? - lapangan terbang angkasa? - lapangan lancar angkasa? | Kami mencadangkan "space port" diterjemahkan sebagai "pelabuhan angkasa" atau "pelantar angkasa", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Istilah | 15.07.2020 |
nyatakan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan agraria dan maritim? nyatakan ciri-ciri kerajaan agraria dan maritim? bandingkan ciri-ciri kerajaan agraria dan mariti. nyatakan pelabuhan kerajaan funan. nyatakan dua contoh kerajaan agraria. nyatakan dua contoh kerajaan maritim. terangkan mengenai kerajaan srivijaya. | Soalan yang dikemukakan tidak berkaitan dengan permasalahan bahasa. Sila rujuk buku-buku bidang Sejarah berkenaan dengan Sejarah Awal AsiaTenggara. | Lain-lain | 25.03.2008 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan kata kerja bagi bertolak dan berlepas. Adakah dua perkataan ini boleh membawa masuk belajar. Contoh ayat, Kapal kontena itu berlepas dari Pelabuhan Kelang ke Australian. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. | Sila rujuk jawapan pada soalan yang lain. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Ralat Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan kata kerja bagi bertolak dan berlepas. Adakah dua perkataan ini boleh membawa maksud belayar. Contoh ayat: Kapal kontena itu berlepas / bertolak dari Pelabuhan Kelang ke Australia. Terima kasih. | Perkataan "berlepas" dan "bertolak" dalam contoh ayat betul dan boleh membawa maksud belayar. Perkataan "belayar" lebih khusus untuk pergerakan di atas air. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran? | Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.06.2010 |
Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan | Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang. | Makna | 27.02.2008 |
Adakah perkataan "tsunami" perkataan yang betul? kerana dalam bahasa melayu tiada fonem /ts/, perkataan ini rasanya melanggar hukum sebutan bahasa melayu dan juga prinsip peminjaman kata-kata asing | 'Tsunami' ialah istilah dalam bidang Geografi dan etimologi katanya berasal daripada perkataan Jepun, tsu (pelabuhan) dan nami (gelombang). Peminjaman perkataan 'tsunami' dan struktur ejaannya kekal bukan hanya dalam bahasa Melayu malah dalam bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 25.03.2011 |
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business) | Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan. | Makna | 11.08.2008 |
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap | 1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami. 2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari. 3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas. 4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); 5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius. 6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78. | Tatabahasa | 20.12.2013 |