Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.bu.ran] | ڤلابورن

Definisi : 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu yg dibeli dsb dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal: pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.bu.ran] | ڤلابورن

Definisi : 1 wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan: Dr masa ke masa, dia menambah ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional. 2 hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: Kerajaan menggalakkan ~ drpd rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labur2
Kata Terbitan : melabur, pelaburan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
wang simpanannya lebur dalam pelaburan yang tidak menjadi itu. ( munsyi, adakah lebur benar digunakan dalam ayat ini? TK)Perkataan lebur boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa11.08.2013
1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih.

1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan.

2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka.

3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai.

Tatabahasa04.07.2011
Maaf, jawapan yang PALING SESUAI ialah... A atau B? 1. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk A. meneroka B. mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 2. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya A. bergelora B. bercelaru melihat tetamu yang ramai.

1. Meneroka dan dan mencari, kedua-duanya boleh melengkapkan ayat tersebut. Meneroka bermaksud menyelidiki untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi dan mencari bermaksud berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu.

2. Kedua-duanya betul kerana menggambarkan perasaan yang dialami. Bergelora bermaksud sangat gelisah (perasaan) dan bercelaru bermaksud tidak tentu arah.

Tatabahasa07.07.2011
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi istilah 'Investment Facilitation'. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "investment facilitation" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk "investment", iaitu pelaburan dan istilah untuk "facilitation" ialah pemudahan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "investment facilitation" ialah pemudahan pelaburan.Istilah02.07.2013
Minta penjelasan lagi, bahawa pengalaman yang lepas menunjukan bahawa pihak pelabur walaupun menanam/membeli saham sebanyak 20 peratus tetapi ia boleh menguasai syarikat tersebut kerana kepakarannya dalam pelaburan berbanding seorang ahli politik dan pentadbir cekap tetapi mengikut arah pihak atasan.

Soalan saudara tidak jelas. Jika saudara memerlukan penjelasan tentang maksud yang terkandung dalam ayat tersebut, saudara perlu merujuk kepada penulisnya sendiri. Apa yang dapat kami bantu ialah khidmat nasihat dari aspek nahu dan kosa kata.

Lain-lain15.08.2011
Harap dapat berikan istilah dalam bahasa Malaysia bagi: 1. investee company; 2. deal origination; 3. business venture; Sekian, terima kasih.

1. Investee company - syarikat penerima pelaburan

2. deal origination - pengasalan urus janji

3. business venture - usaha  niaga

Istilah24.03.2009
1. Apakah perbezaan dari segi penggunaan ayat sejak dan semenjak. Sebagai contoh: Krisis kewangan global yang terburuk sejak Kemelesetan Besar ini telah dicetuskan oleh kebankrapan satu daripada bank pelaburan global terbesar di Amerika Syarikat. 2. Apakah terjemahan untuk "International Financial Architecture". Sekian, terima kasih. Ramlee

1.Kedua-dua istilah ini, sejak dan semenjak boleh diguna pakai.

2. Kami mencadangkan terjemahan bagi International Financial Architecture ialah Seni Bina Kewangan Antarabangsa. Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks atau bidang. 

Istilah08.10.2009
Apakah makna ayat apitan @ kata apitan?Untuk makluman saudara, apitan bermaksud bentuk imbuhan yang terdiri daripada gabungan awalan dan akhiran untuk mengurungi kata dasar, contohnya peR-...-an dalam permainan, peN-...-an dalam pelaburan, dan ke-...-an dalam kecantikan. BAgi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut dan lebih banyak contoh, saudara boleh membuat rujukan pada buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa11.04.2007
TAKRIF PORTFOLIOTakrif portfolio mengikut Kamus Dewan ialah 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri, contoh: Menteri Tak Berportfolio iaitu Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab; 2. keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat.Makna08.12.2006
Saya sedang menyiapkan disertasi bagi program DBA dalam bahasa Malaysia. Sukacita jika dapat dinasihatkan istilah yang sesuai bagi: 1) investee company; 2) deal origination; 3) business venture; 4) asymmetry(ic) information; 5) venture capital firm. Sekian, terima kasih.Cadangan kami: 1. syarikat penerima pelaburan  2. pengasalan urus janji  3. usaha niaga  4. maklumat asimetri  5. firma modal urus niaga.Istilah24.03.2009
12

Kembali ke atas