Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelajar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan "pelajar" untuk ramai... sama da "pelajar" atau "pelajar-pelajar"

Encik Khairil,

kita boleh gunakan semua pelajar ataupun pelajar-pelajar sahaja.

Ejaan01.12.2010
Apakah kesaahan dalam ayat-ayat berikut: 1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. Ikan paus menggunakan udara dari peparunya untuk bernafas. 3. Orang tua itu terjatuh dari basikalnya.1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. - Tidak ada dialek yang standard kerana dialek dituturkan dalam kawasan/kumpulan tertentu sahaja. Ayat terlalu panjang dan ttidak menggunakan tanda baca atau kata hubung yang betul.
Ayat kedua dan ketiga betul.
Tatabahasa10.03.2013
Yang manakah objek untuk ayat ini? ~~Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif.(Ayat Aktif Transitif)Dalam ayat ini, kata sendi yang digunakan tidak tepat. Ayat yang sepatutnya: Pelajar-pelajar seolah mudah terpengaruh akan nilai-nilai negative (Ayat aktif tak transitif).

Tatabahasa01.06.2018
Yang manakah ayat aktif /ayat pasif? ~a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. ~b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. ~c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata.Semua contoh ayat tersebut ialah ayat aktif

a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. (Ayat  Aktif Transitif)
b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. (Ayat Akti tak Transitif)
c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata.(Ayat Aktif Tak Transitif)
Tatabahasa05.05.2018
Soalan tentang penggunaan kata ganda, bekas-bekas pelajar @ bekas pelajar-pelajar yang mana satukah penggunaan kata ganda yang betul.Tidak perlu menggandakan salah satu daripada perkataan tersebut, cukup sekadar "bekas pelajar" kerana frasa tersebut boleh merujuk tunggal atau jamak berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Ejaan12.08.2011
Penggunaan pelajar membawa maksud seorang atau ramai? Seorang daripada pelajar yang dianugerahkan hadiah pelajar cemerlang itu ialah adik saya. Ayat ini betul atau penggunaan pelajar-pelajar lebih tepat?Perkataan pelajar boleh bermaksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Oleh itu, penggunaannya dalam ayat tidak perlu digandakan.Tatabahasa30.03.2014
Ayat manakah yang betul? A) Kelas itu terdiri daripada pelajar-pelajar baharu. B) Kelas itu terdiri daripada pelajar baharu.

Kata pelajar boleh bermaksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun kata kelas dalam ayat tersebut telah menunjukkan ada ramai pelajar di dalamnya. Oleh itu, ayat 'Kelas itu terdiri daripada pelajar baharu' adalah lebih tepat.

Tatabahasa22.02.2011
Pelajar-pelajar saya telah membuat lagu Puisi berdasarkan sajak DIRUANG GEMANYA karya arwah DHARMAWIJAYA. Mereka ingin merakamkan lagu tersebut dan 'upload' dekat youtube. Pada siapakah mereka perlu memohon kebenaran penggunaan sajak itu untuk dibuat lagu?Perlu mohon izin daripada penerbit asal buku itu dan juga pencipta karya.Lain-lain15.04.2013
As Salam ! Apakah perbezaan pengunaan kata ganda pelajar-pelajar dan murid-murid ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).   Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid-murid" biasanya digunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian tinggi. Makna03.04.2012
Adakah perenggan di bawah betul? Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah pelajar dapat menyihatkan badan mereka. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan.

Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum termasuklah dapat menyihatkan badan mereka yang menyertainya. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas