| pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas. | Pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas - ayat ini betul kerana menyakiti bermaksud menyebabkan berasa sakit, sengsara, sedih, pilu, dan lain-lain. | Tatabahasa | 27.03.2010 |
| 【Bukan sahaja】 pelajar perempuan【tetapi juga】 pelajar lelaki tidak dibenarkan mewarnakan rambut mereka. . Difahamkan jawapan yang lebih sesuai ialah "baik...mahupun", tapi penggunaan kata hubung "bukan sahaja...tetapi juga" boleh tak dalam konteks ini? | Kata hubung pasangan "baik...mahupun" lebih sesuai digunakan kerana kata hubung pasangan "bukan sahaja ... tetapi" lazimnya digunakan apabila terdapat perbezaan hal/keadaan daripada kenyataan yang pertama. | Tatabahasa | 25.09.2025 |
| satu per empat/satu perempat daripada pelajar kelas itu ialah pelajar lelaki. | Ejaan yang betul ialah "satu perempat". | Ejaan | 24.02.2015 |
| FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR PEREMPUAN LEBIH BERMINAT MEMBACA NOVEL MANAKALA PELAJAR LELAKI LEBIH CENDERUNG MEMBACA KOMIK | Salah satu faktor yang emungkinkan kecenderungan tersebut ialah persikataran, walau bagaimanapun hal ini memerlukan kajian yang lebih mendalam, sila h rujuk buku atau makalah yang berkaitan. terima kasih. | Lain-lain | 23.12.2008 |
| Salam Sejahtera, Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'alumni' sebagai 'siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti'. Saya ingin memetik takrifan alumni di dalam Kamus American Heritage sebagai kumpulan graduan atau bekas pelajar (lelaki dan perempuan) sekolah, kolej atau universiti. Jika seorang pelajar lelaki dipanggil alumnus dan jika seorang pelajar perempuan dipanggil alumna (Kumpulan bekas pelajar perempuan sahaja dipanggil alumnae). Pertanyaan saya ialah: 1) adakah perkataan 'alumni' di dalam Kamus Dewan merujuk kepada individu atau kumpulan atau kedua-duanya sama sahaja? 2) adakah perkataan 'alumni' boleh digunakan untuk bekas pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain pusat pendidikan termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara? 3) apakah perkataan yang sesuai mewakili bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti? Sekian, terima kasih. Ahmed Razman | 1. Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara dengannya sama ada individu atau berkumpulan. 2. Alumni tidak sesuai untuk merujuk bekas pelajar sekolah atau pusat latihan. 3. Bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti digelar pesara. | Istilah | 03.03.2009 |
| Salam Surat rasmi yang ditujukan kepada pelajar lelaki dan perempuan, adakah sapaan menggunakan saudara/saudari atau memadai saudara sahaja? Terima kasih. | Saudara bermaksud panggilan yang digunakan semasa bercakap dengan lelaki yang sederhana kedudukannya atau dalam surat-menyurat. (Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 1973. Saudari bermaksud panggilan yang digunakan semasa bercakap dengan perempuan yang sederhana kedudukannya, yang tidak diketahui namanya atau dalam surat-menyurat. (Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 1974 Namun, dalam penulisan surat rasmi dicadangkan penggunaan kata sapaan tuan atau puan bagi mewakili penerima lelaki atau perempuan, sama ada sudah atau belum berkahwin. | Makna | 06.11.2025 |
| Apakah perbezaan antara sekitar kawasan dengan kawasan sekitar? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan atau wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. | Lain-lain | 28.09.2021 |
| Kawasan sekitar ialah kawasan yang luas, manakala sekitar kawasan ialah kawasan yang kecil,keterangan saya betul ke? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan atau wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. Berdasarkan contoh ayat dan penerangan yang diberikan, kawasan sekitar merujuk kepada kawasan yang luas manakala sekitar kawasan pula ialah kawasan kecil. | Lain-lain | 08.10.2021 |
| Salam sejahtera.Saya nak tanya apakah perbezaan antara sekitar kawasan dan kawasan sekitar dari segi penggunaan dan makna? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan atau wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu. Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal.
| Lain-lain | 04.10.2021 |
| Bolehkah menggunakan perkataan berjantina lelaki. Contoh.. Guru itu berjantina lelaki. Apa perbezaan terperinci dan perinci | (1) Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar jantina ialah jenis kelamin (sama ada lelaki atau perempuan. Ayat yang betul ialah Guru itu lelaki. (2) Makna kata terperinci telah diperincikan, iaitu telah dihuraikan sepenuh-penuhnya manakala (3) perinci pula memperincikan, iaitu menghuraikan sesuatu sepenuh-penuhnya; menjadikan sesuatu dapat dibahagi-bahagikan atau diberikan butiran. | Tatabahasa | 14.04.2014 |