a)jawatan kuasa b)pasukan pelaksana/perlaksana c)YBhg.? | a)jawatankuasa b)pelaksana c)YBhg. | Ejaan | 25.07.2011 |
Ingin mendapatkan maklum balas yang betul tentang penggunaan palang(/) dalam ayat seperti contoh ayat di bawah: Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi / Agensi Pelaksana | Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi/Agensi Pelaksana (tiada jarak sebelum dan selepas tanda palang) | Lain-lain | 08.08.2018 |
Syed Amrun Jun 24th, 7:58am nak tanya jawatan pelaksana tugasnya macamne | Mohon jasa baik tuan dapatkan maklumat melalui http://prpm.dbp.gov.my untuk memahaminya dengan lebih lanjut. Dapatan kami ialah orang (badan dsb) yg melaksanakan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. Terima kasih. | Lain-lain | 24.06.2015 |
Assalamualaikum. Tuan, berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2013 - KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA YANG BERADA DI GRED LANTIKAN, mohon pandangan singkatan sesuai untuk istilah "time-based berasaskan kecemerlangan" sama ada TBK atau TBBK. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, kami tidak membenarkan singkatan dibentuk daripada perkataan bahasa Inggeris yang digabungkan dengan perkataan bahasa Melayu. Perkataan tersebut perlu diterjemahkan keseluruhannya kepada bahasa Melayu dahulu, kemudian dicadangkan singkatan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 29.12.2015 |
Salam, Saya ada soalan. Untuk perkataan "change-maker", apakah perkataan/istilah dalam Bahasa Melayu yang paling bersesuaian? | Kami mencadangkan change-maker diterjemahkan kepada perintis perubahan, pelaksana perubahan atau pencetus perubahan bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2016 |
apakah ejaan yang tepat untuk perkataan disamping atau di samping (jarak di dan samping)memperkasakan perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam. disemua peringkat penggubal dasar atau pelaksana dasar | Ejaan yang tepat ialah di samping . Ejaan 'disemua peringkat' harus dijarakkan --> di semua peringkat . | Ejaan | 02.05.2014 |
Apakah maksud "laksana" dalam situasi ini: Generasi sekarang bijak laksana Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud laksana ialah sebagai, umpama, atau seperti. Contoh ayat yang betul ialah Pasangan pengantin itu laksana cincin dgn permata. Laksana juga memberikan maksud yang lain, iaitu pelaksana orang, badan dan sebagainya yang melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dan lain-lain). | Makna | 01.06.2017 |
Salam Sejahtera, Tuan, PENGGUNAAN BAHASA & ISTILAH YANG TIDAK SESUAI Untuk makluman, MAMPU melaksanakan satu program pemantauan yang dinamakan program Mystery Shopping. Walau bagaimanapun, MAMPU telah menerima saranan istilah yang lebih sesuai digunakan menggantikan Mystery Shopping seperti berikut: a) MYSTERY SHOPPING bermaksud MEMBELI BELAH secara RAHSIA @ RAHSIA MEMBELI BELAH. b) MYSTERY SHOPPER adalah istilah yang betul dan digunapakai terutamanya di dalam industri fast food & retail. Untuk makluman, pada pandangan BPP2, istilah Mystery Shopper yang dicadangkan adalah merujuk kepada Pegawai-Pegawai pelaksana program sedangkan Mystery Shopping MAMPU merujuk kepada program. Sehubungan itu, mohon pandangan tuan berkenaan perkara ini dan mohon cadangkan sekiranya ada perkataan Bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, istilah "mystery shopping" dan "mystery shopper" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pembelian Rahsia/Pembelian Misteri dan Pembeli Rahsia/Pembeli Misteri. | Istilah | 12.05.2016 |
Salam... Saya amat berminat dengan bahasa dan penulisan. Apakah saluran yang betul untuk saya ikuti jika ingin menjadi salah seorang penulis tamu di DBP? Terima kasih. | Karyawan Tamu boleh dilantik daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan yang boleh menyumbang ke arah memperkaya ilmu dan ketemadunan bangsa, di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa, selaras dengan perkembangan terkini dan mendatang. Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan kertas cadangan tentang karya yang hendak dihasilkan. Kertas cadangan hendaklah mengandungi maklumat tentang biodata penulis, judul karya, sinopsis karya, isi kandungan karya dan kaedah kajian. Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut: Ketua Bahagian Pembangunan Penerbitan, Tingkat 13, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Jawatankuasa Pelaksana akan bermesyuarat untuk menilai dan memberikan keputusan untuk menerima atau menolak permohonan. | Lain-lain | 04.09.2010 |