Apakah penjodoh bilangan untuk : 1. pahat 2. pelampung | Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pahat dan pelampung. Paling hampir ialah sebuah pahat dan sebuah pelampung. Namun, Penggunaan perkataan pahat dan pelampung tanpa penjodoh bilangan adalah betul. | Tatabahasa | 10.09.2014 |
A)Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. B)Abang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Yang manakah satu ayat adalah betul ? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan'. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Ali berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. Ali menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Ayat yang manakah paling tepat? Terima kasih. | Kedua-duanya betul tetapi bentuk ayat yang lazim digunakan dalam penulisan ialah "Ali berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan". | Tatabahasa | 16.04.2011 |
Adakah jaket keselamatan air boleh dipanggil pelampung? | Jaket keselamatan dan pelampung ialah dua benda yang berbeza dan bentuk pun berbeza, walaupun fungsinya sama. | Istilah | 01.08.2014 |
Ibu Kavita membelikannya pelampung yang baharu. Gariskan kata nama khas hidup manusia. Tolong bagi jawapan soalan ini Terima kasih. | Ibu Kavitha merupakan kata nama khas hidup manusia. | Tatabahasa | 16.01.2013 |
ejaan palampung atau pelampong? | Ejaan yang betul ialah "pelampung". | Ejaan | 13.06.2011 |
Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih. | 1. Sebuah pasu bunga. 2. Seutas jam tangan 3. Sebiji karipap 4. Bergantung pada keadaan. 5. Bergantung pada keadaan. 6. Sebatang lampu 7. Sebiji mentol 8. Sebiji batu 9. Sebuah baldi 10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung | Lain-lain | 10.02.2017 |
Adakah istilah menyeberang boleh digunakan untuk menyeberang jalan Raya atau untuk sungai sahaja? | Perkataan menyeberang menurut Kamus Dewan Ediri Keempat: pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), mengharung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; Perkataan menyeberang boleh digunakan untuk jalan raya mahupun sungai. Terima kasih. | Istilah | 14.08.2017 |
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat. | Sdr, Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus. | Istilah | 30.03.2009 |
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris berikut, 1) Fixing strap, 2) Ribbed vault, 3) Navigation buoy. Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk fixing strap, ribbed vault dan navigation buoy dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk setiap perkataan seperti yang berikut: 1. fixing - ikat, pengekal, penetap, strap - tali, pita, bebat, sabuk 2. ribbed - beralur, berusuk, berbunga , vault - kekubah, bilik kebal 3. navigation - pandu arah, pengemudian, buoy - boya, pelampung Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan.
| Istilah | 01.10.2012 |