Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.ca.ran] | ڤلنچرن

Definisi : ark pelantaran; ®pelantar I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.ca.ran] | ڤلنچرن

Definisi : ark pelantar, pelantaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.ca.ran] | ڤلنچرن

Definisi : perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.ca.ran] | ڤلنچرن

Definisi : perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan dll): ~ “Sputnik” dan “Explorer” telah disusuli oleh beberapa jenis bulan rekaan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pelancaran (boleh diguna atau tidak) utk. tajuk sama, tetapi tahun berlainan (annual report)Boleh, sebab tahun berlainan, walaupun tajuk samaTatabahasa14.07.2008
Ejaan mana yang betul:- 1. Pra-Pelancaran atau Pra Pelancaran 2. Ke-200 atau Ke 200 Saya musykil dengan penggunaan tanda 'sempang'. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Prapelancaran dan Ke-200.Tatabahasa07.03.2007
Soft LaunchingPadanan bagi 'soft launching' ialah prapelancaran, pelancaran awal atau pelancaran lunak.Istilah11.05.2007
Memohon penjelasan "Majlis Peluncuran" atau "Majlis Pelancaran"?

Peluncuran dan Pelancaran

 

Pelancaran” merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan atau memperkenalkan (produk, program dan sebagainya) yang baru kepada umum buat kali pertamanya secara rasmi.

 

“Peluncuran” merujuk kepada hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu atau tempat untuk meluncur.

 

Penggunaan perkataan “pelancaran” dalam konteks di negara kita telah mantap dan meluas penggunaannya mengikut kesesuaian makna, manakala penggunaan perkataan “peluncuran” tidak menjadi kebiasaan penggunaan di negara kita, namun boleh digunakan sebagai variasi penggunaan dalam konteks yang bersesuaian.

 

Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu. Perkataan dan makna baharu yang ditemui akan dikumpulkan dan dirakamkan dalam kamus edisi yang seterusnya.

 

Pelancaran” rujukan: Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1234

 

“Peluncuran” rujukan: Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1367
Tatabahasa20.01.2024
Beza penggunaan perkataan Perasmian dengan Pelancaran bagi tajuk program/acaraPerbezaan antara perkataan “pelancaran” dan “perasmian” ialah “pelancaran” berkaitan perihal atau perbuatan melancarkan  iaitu memulakan sesuatu gerakan, rancangan dan sebagainya, manakala “perasmian” biasanya merujuk sesuatu majlis dibuka dengan rasmi atau pada majlis penutupan di mana pengakhiran sesuatu majlis.Tatabahasa12.03.2022
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH Soalan- Adakah ketiga-tiga ayat di atas boleh digunakan sebagai tajuk sesuatu majlisTajuk yang sesuai digunakan:

1. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH
2. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH
Lain-lain08.02.2018
Peluncuran dan Pelancaran Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Sehubungan dengan perkara tersebut, hamba tidak mendapati "... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020" tiada dalam Kamus Dewan Perdana ms 1367. Sila berikan pencerahan tentang perkara ini. Sekian, terima kasih.Makna baharu yang layak untuk dimasukkan (mengikut piawaian yang telah ditetapkan DBP) akan terakam dalam kamus terbitan DBP yang seterusnya. Untuk makluman tuan, pihak kami sedang mengumpulkan kata dan makna baharu setiap hari (termasuk makna baharu "peluncuran") untuk menjadi calon kata masukan atau makna baharu dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

"... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP..." ini merujuk kata "pelancaran" (kata yang menjadi contoh perbandingan) yang membawa makna merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Kamus terdahulu tidak merakamkan makna ini.

Justeru berkaitan hal tersebut, masyarakat juga boleh menyumbang atau membuat cadangan kata atau makna baharu melalui Gerbang Kata; Saran Kata di http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. yang dipautkan di Pusat Rujukan Persuaratan Melayu (PRPM).
Makna05.07.2024
Adakah istilah pelancaran dan peluncuran sama?Ya, sama maknanya bagi hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu seperti dalam ayat ini: Peluncuran buku tersebut berjalan lancar.

Kata peluncuran terbit daripada salah satu makna "melancarkan" iaitu memperkenalkan (produk, program dan sebagainya) yang baharu kepada umum buat kali pertamanya secara rasmi.

Kedua-dua kata ini tidak sama bagi makna yang lain.

Makna20.11.2024
Banyak program rasmi Kerajaan telah menggunakan perkataan peluncuran sebagai ganti pelancaran. Adakah benar penggunaan perkataan tersebut memandangkan carian daripada Kamus Dewan membawa makna berbeza?

Peluncuran dan Pelancaran

 

Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian.

 

Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020.

 

Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.

Makna02.01.2024
Assalamualaikum Tuan, Pernyataan yang mana lebih tepat dan betul? 1. Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Bersepadu Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 ATAU 2. Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Bersepadu Peringkat Kebangsaan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Harap dapat bantu saya. Sekian, terima kasih.Walaikumussalam...
Ayat yang betul ialah Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Bersepadu Bersempena dengan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2017.
Tatabahasa13.01.2017
12345

Kembali ke atas