Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelanggannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pemilik kedai runcit itu mengehadkan jumlah gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. Tuan, sesuaikah perkataan 'jumlah' digunakan dalam ayat di atas atau ada perkataan lain? terima kasih.Jumlah lazimnya digunakan untuk barangan yang boleh dilihat secara fizikal seperti sejumlah wang ... dan lagipun gula biasanya disukat mengikut timbangan. Ayat yang betul Pemilik kedai runcit itu mengehadkan dua kilogram gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya.Tatabahasa08.06.2012
Selamat sejahtera, Adakah penggunaan ayat ini betul? 1)a) Seorang pelanggan sedang memesan makanan daripada pelayan restoran itu. b) Seorang pelanggan sedang memesan makanan pada pelayan restoran itu. c) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. 2) a) Pelayan di restoran itu sedang mengambil pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. b) Pelayan di restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. Apakah ayat yg paling tepat?TQa) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. b) Pelayan restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggannya.Lain-lain18.12.2007
1. Abu membawa ( bekal/ bekalan) yang disediakan ibu ke sekolah ? 2. Seorang pelayan restoran menghidangkan semangkuk lauk ( kepada / untuk ) pelanggannya.1. Abu membawa bekal yang disediakan ibu ke sekolah.
2. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa13.02.2012
Tuan, Bolehkah saya tahu apakah istilah atau perkataannya meletakkan tuala pada leher? Mengalungkan? Melilitkan? atau perkataan lain ang lebih tepat. Apakah pula istilahnya 'Tukang gunting itu __________sehelai tuala pada bahu pelanggannya sebelum mula menggunting rambut.' Sekian, terima kasih.

Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah meletakkan tuala di atas bah. Jika tuala tersebut dililit di lehernya, perkataan yang sesuai ialah lilit.

Tatabahasa04.06.2010
Apakah perbezaan antara kepada , untuk dan terhadap ? Saya menghadapi masalah utk menerangkan kpd anak murid saya yang selalu 'confuse'. Cth ayat anak murid : 1) Pelayan itu menulis pesanan makanan untuk pelanggannya. 2) Pelanggan itu memesan makanan kepada pelayan itu. 3) Kita harulah hormat terhadap ibubapa kita. 4) Lili menulis surat untuk ibunya di kampung. 5) Ahmad menulis surat kepada ibunya di kampung. TQ

Secara keseluruhannya ayat yang dikemukakan adalah betul daripada penggunaan kata sendinya cuma terdapat bebarapa formula antaranya:

1. kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.

2. dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua sendi nama yang seupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan 

menggunakan kata hubung seperti dan,atau,tetapi kecuali dalam penggabungan sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama
Tatabahasa18.12.2007
1. Tolong buangkan/membuangkan bungkusan plastik ini ke dalam tong sampah. Tolong jelaskan perbezaan antara buangkan dengan membuangkan. 2. Apakah penjodoh bilangan untuk bendera dan panji. 3. "Bolehkan anda tunggu sebentar?" kata pegawai bank kepada pelanggannya. Bolehkah kita gunakan gantinama anda dalam ayat ini? 4. Budak itu membuang sampah ke/ di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. atau Setiba ke sana. Apakah perbezaannya?

1. Ayat perintah/suruh (ditujukan kepada kata ganti diri yang kedua: awak, kamu, dsb) tidak perlu guna imbuhan awalan Me-... 

2. Sehelai, selembar dan sebuah = bendera.

3. Boleh.

4. Budak itu membuang sampah di atas lantai.

5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan.

6. Setiba di sana. 'Di' dalam bahasa Inggerisnya 'at' dan 'ke' = 'to'.

Lain-lain09.10.2009
apa peranan bahasa melayu di dalam perniagaanBahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar sistem persekolahan, kemudian diangkat sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial dan bahasa teknologi maklumat. Dalam sektor perniagaan, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perniagaan (pemasaran, iklan, promosi,dll) kerana bergantung pada bidang yang diniagakan, pelanggannya terdiri daripada penduduk majoriti.Lain-lain17.02.2008
Saya ingin tahu istilah yang digubal oleh pihak DBP bagi set-top box. Terima kasihUntuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat dua padanan bahasa Melayu, iaitu kotak atas set dan kotak set atas. Huraian untuk kedua-dua istilah itu adalah seperti yang berikut:

kotak atas set - Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet.

kotak set-atas - Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.
Istilah06.08.2014
Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasihDalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu
-top box kotak set-atas Teknologi Maklumat Tiada Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.

set-top box kotak atas set Teknologi Maklumat Tiada Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet.

Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan   boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.08.2014

Kembali ke atas