1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA | Puan Norfaharin, Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri. Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: perlanggaranperihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.meniduri1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama. | Tatabahasa | 18.03.2009 |
20. Pelanggaran itu bukan disebabkan jalan yang bengkang-bengkok tetapi sikap Amzar yang terlalu gopoh. A pelanggaran itu tidak disebabkan B Perlanggaran itu bukan disebabkan C Pelanggaran itu bukan oleh sebab D Pelanggaran itu bukan disebabkan munsyi, apakah jawaban paling sesuai, pada pendapat saya bahawa pelanggaran sesuai digunakan kerana berasal daripada konteks ayat, Amar melanggar tetapi jawaban ia;ah B, adakah jawaban ini munasabah? TQ | Pada pandangan kami, jawapan B yang betul kerana menceritakan perihal kejadian (berlanggar) tersebut.
| Tatabahasa | 11.03.2012 |
apakah perbedaan ayat 'pelanggaran' & 'perlanggaran' dan seumpamanya...terima kasih | Perlanggaran bermaksud perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; Manakala pelanggaran ialah 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada konteks dan situasi ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat atau layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 11.10.2010 |
A,kum, saya nak tanya perkataan 'perlanggaran ' dgn pelanggaran ada beza? Boleh tuan berikan contoh.r.kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perlanggaran ialah perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang. Pelanggaran pula ialah 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; | Makna | 15.08.2010 |
INVASION | (i) SERANGAN (ii) PELANGGARAN | Istilah | 04.03.2011 |
Apakah perbezaan perkataan-perkataan tersebut? Boleh berikan contoh ayat dan keterangan.Terima kasih. 1. a)berlanggar b)melanggar c)perlanggaran d)pelanggaran 2. a)binaan b) pembinaan 3. a)pertambahan b)penambahan 4. a)kedamaian b)pendamaian 5. a)budaya b)kebudayaan | Berlanggar bermaksud berlaga, beradu, berantuk dan sebagainya; melanggar bermaksud merempuh, menyerang, menyerbu dan menyalahi undang-undang; perlanggaran bermaksud perihal berlanggar dan pelanggaran bermaksud perihal melanggar. Untuk mendapatkan keterangan dan contoh ayat, termasuklah untuk perkataan-perkataan yang lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang hendak dicari pada ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan sebagainya. Data daripada kamus dapat membantu saudara mendapatkan keterangan perkataan dan contoh ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
penggunaan tatabahasa di dalam karya sastera terutamanya puisi, adakah pelanggaran tatabahasa dibenarkan? contohnya: Apa yang kau hidu-hidu, di ambang pintu itu? = 'kau' dan perbuatan 'hidu-hidu' sepatutnya rapat? Betapa kau di luar tadi, di jalan pergunungan, =penggunaan kata ganti nama kau (sepatutnya engkau) | Lecentia poetica, iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Walau bagaimanapun lecentia poetica lebih kepada gaya penulisan, manakala aspek tulisan masih perlu akur kepada pedoman ejaan yang ada. Oleh itu, ejaan yang betul ialah kauhidu ... dan kau di luar .... (kata sendi nama di tidak ditulis bersambung dengan huruf sebelum atau selepasnya). | Sastera | 13.09.2011 |
Salam sejahtera. Soalannya, mengapa DBP masih belum memperoleh kuasa pelaksana undang-undang bagi kes pelanggaran Bahasa Kebangsaan? Seterusnya, mengapa DBP tidak memperjuangkan Sebutan Baku bagi tujuan formal, sebaliknya sebutan SJR pula yang diperjuang. Adakah ini bukan juga kehendak sebenar DBP namun terpaksa akur dengan langkah Kerajaan pada era tahun 2000 dahulu? Terima kasih. | Terima kasih atas komitmen tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Usaha memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Peranan untuk menegur dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, bukan sahaja tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka, pejuang bahasa, guru, penulis atau karyawan, malah meliputi semua kelompok masyarakat. Oleh itu, tuan merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya. Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Walau bagaimanapun, perancangan ke arah tersebut sedang diusahakan oleh DBP. Teruskanlah menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 03.05.2023 |
1) Apakah kesalahan kedua-dua ayat di bawah? - Antara hobi-hobinya ialah membaca novel. - Antara Ali ataupun Abu, siapakah yang lebih tinggi? 2) Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Perlanggaran/Pelanggaran?Maksud yang terdapat di dalam Kamus Dewan juga agak sama tentang maksud perkataan tersebut. - Guru Disiplin itu telah berjaya mengatasi masalah __________ disiplin dalam kalangan murid di SK Batu Laut. | 1. Antara hobi-hobinya ialah membaca novel. Ayat yang betul ialah Antara hobinya ialah membaca novel. Antara Ali ataupun Abu, siapakah yang lebih tinggi? Ayat yang betul ialah Antara Ali atau Abu, siapakah yang lebih tinggi? 2) Guru Disiplin itu telah berjaya mengatasi masalah ______pelanggaran____ disiplin dalam kalangan murid di SK Batu Laut. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
SAYA NAK MENERBITKAN SEBUAH BUKU DAN BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN REKACIPTA AGAR TAK DITIRU PIHAK LAIN? | Hak cipta diperoleh secara automatik oleh penulis apabila bahannya diterbitkan. Jika ditiru oleh pihak lain, maka orang itu telah melakukan pelanggaran hak cipta dan dia boleh dikenakan denda jika terbukti bersalah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Akta HakCipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah. | Lain-lain | 29.07.2009 |