Adakah sama maksud antara watikah dengan pelantikan. Contoh, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas ATAU Majlis Penyerahan Watikah Pengawas. Terima kasih. | "Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang), manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas. | Makna | 21.02.2017 |
SILA BERIKAN SAYA EJAAN PELANTIKAN YANG BRTUL SAMA ADA - PERLANTIKAN ATAU PELANTIKAN | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. | Ejaan | 12.01.2014 |
salam... apa beza pelantikan dan perlantikan.... sekiranya kita ingin melantik seseorang adakah kita gunakan perkataan pelantikan atau perlantikan???? | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
pelantikan atau perlantikan | pelantikan | Ejaan | 16.10.2014 |
Assalamualaikum wbt, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan [pelantikan] dan [perlantikan]. Adakah penggunaan perkataan [perlantikan] sama maknanya dengan pelantikan atau perkataan [perlantikan] tidak boleh diguna pakai untuk tujuan melantik seseorang untuk memegang jawatan tertentu? Contoh : Pelantikan sebagai pentaksir sekolah ATAU Perlantikan sebagai pentaksir sekolah? | Kata terbitan yang betul ialah pelantikan, lazimnya kata terbitan daripada me-... seperti melantik menjadi peN-...-an, seperti pelantikan. Ayat yang betul: Pelantikan sebagai pentaksir sekolah. | Tatabahasa | 06.05.2011 |
Boleh tuan bezakan antara "watikah" dan "pelantikan"? Bolehkah saya gunakan perkataan watikah pelantikan pengawas?. Terima kasih. | "Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang, manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas. | Makna | 12.02.2014 |
Perlantikan atau pelantikan mana satu yang betul? Kenapa? | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Assalamualaikum. Mohon terangkan perbedaan "perlantikan" dengan "pelantikan" Didahului dengan ucapan terima kasih. | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan. | Tatabahasa | 13.02.2013 |
penggunaan manakah yang tepat antara perlantikan dan pelantikan | Ejaan yang betul ialah pelantikan, daripada perbuatan melantik terjadilah pelantikan. | Ejaan | 20.06.2012 |
Apakah beza antara perkataan perlantikan dan pelantikan? | Pembentukan kata yang betul ialah pelantikan. Daripada kata lantik, kata kerja melantik dan proses atau perihal melantik ialah pelantikan. | Makna | 09.03.2014 |