Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ra.san] | ڤلارسن

Definisi : perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ra.san] | ڤلارسن

Definisi : perbuatan atau hal melaraskan; penyesuaian; penyamaan: ~ karburetor mestilah dilakukan dgn cermat dan pembersih udara dipasangkan pd tempatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelarasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
untuk tajuk - pelarasan gaji atau penyelarasan gajiUntuk maksud menyesuaikan dan memadankan, kedua-dua perkataan tersebut betul. Walau bagaimanpun dalam konteks yang dinyatakan bentuk yang lazim digunakan ialah "pelarasan gaji".Tatabahasa31.10.2011
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya ada 2 soalan; 1. Perkataan adalah/seperti, yang manakah sesuai digunakan dalam ayat ini. .. Jadual bagi pelarasan teknikal adalah/seperti dalam/di Jadual 1. 2. penggunaan tanda koma pada perkataan IAITU. diletakkan sebelum perkataan IAITU atau selepas perkataan IAITU. Sekian, terima kasih atas bantuan.1. Jadual bagi pelarasan teknikal seperti dalam Jadual 1.
2. Tanda koma digunakan sebelum perkataan iaitu, contohnya: Mereka bertiga, iaitu Amin, Asrul dan Zaim telah pergi berkelah. 
Tatabahasa04.02.2015
Assalamualaikum, Manakah penggunaan yang betul antara: mesyuarat pelarasan atau mesyuarat penyelarasan?Jawapan yang tepat ialah mesyuarat penyelarasanTatabahasa21.02.2018
ape maksud pengoptimuman (optimization)???

Saudara,

Perkataan ini bermaksud pelarasan unsur-unsur dalam sistem atau pemprosesan untuk mendapat hasil yang paling baik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna yang lebih lanjut.

Makna08.01.2010

Kembali ke atas