Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi penggunaan tatabasa dan istilahnya? 1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan negara 2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. 3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang,menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. 4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar.Jawapan:

1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan Negara. - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat: Guru luar bandar perlu memahami transformasi pendidikan Negara.
2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. - Perkataan justeru tidak boleh diletakkan di pangkal ayat kerana justeru merupakan penanda wacana. Contoh ayat: Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.
3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. = Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, berdasarkan keputusan jawatankuasa antikeganasan Negara.
4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar. = Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang tepat: Salah satu daripada letupan menyasarkan pasar ikan di Baga Sola, manakala dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar
Tatabahasa01.11.2015
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya?

Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli  akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada:

1.  Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema

2. Pantun yang dijual mempunyai soalan

3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian  tidak mendapat markah.

Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih ,

1. Pola rima dan suku kata

2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

3. Kemunasabahan pembayang maksud

3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

4. Sebutan yang jelas 

Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui,

1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun

2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud)

3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris)

4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan)

  Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik.

Lain-lain18.11.2010

Kembali ke atas