| Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Task killer"? Task killer ialah ciri-ciri yang terdapat pada pelayar web. Terima kasih. | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi isltilah "task killer" dalam bahasa Melayu. Puan hendaklah menjelaskan konsep task killer supaya kami boleh mencari padanan yang sesuai. | Istilah | 02.11.2013 |
| Tuan, Tumpang bertanya bagaimana hendak membezakan "website" dan "webpage" dalam bahasa Melayu. Sekian, terima kasih. | Padanan website ialah tapak web, manakala web page ialah laman web dan kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu suatu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis dalam format HTML, JavaScript, ASP atau PHP. Laman web dipaparkan pada monitor dengan menggunakan pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atau HotJava. Laman web boleh mengandungi teks, grafik, animasi, imej, video, audio dan pautan kepada laman web lain. Contohnya seperti www.dbp.gov.my/kamus/istilah.htm. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
| Assalamualaikum. Baru-baru ini DBP ada mengeluarkan 8 istilah baru ICT. Boleh ke saya dapatkan penerangan dari pihak DBP mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Tunafoto 2) Swafoto maut 3) Pengkomputeran awan 4) Tera air 5) Butang tekan 6) Emotikon 7) Kawasan khas 8) Tapak panas Apa yang pasti ianya terjemahan daripada perkataan ICT terbaru dalam bahasa Inggeris. Boleh kami tahu bagaimana setiap perkataan ini dipilih seperti perkataan Tunafoto. Sekian. Terima Kasih. | 1) Tunafoto - Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto. 2) Swafoto maut - Mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian. 3) Pengkomputeran awan - Pengkomputeran berasaskan Internet dan menggunakan teknologi komputer yang terkini. Sebutan awan merujuk kepada Internet yang selalunya diwakilkan dalam rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur kompleks yang diwakilinya. Pengkomputeran awan juga merujuk kepada penyediaan keupayaan pengkomputeran yang berkaitan dengan teknologi maklumat sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan pengguna mencapai perkhidmatan Internet tanpa pengetahuan kepakaran terhadap teknologi infrastruktur yang menyokongnya. Contohnya, Google App menyediakan aplikasi perniagaan yang biasa secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pelayar web manakala perisian dan data disimpan dalam pelayan. 4) Tera air - Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas. 5) Butang tekan - Merupakan terjemahan bagi perkataan push-button. 6) Emotikon - Ikon untuk melambangkan perasaan dalam internet. 7) Kawasan khas - Terjemahan bagi perkataan hotspot 8) Tapak panas - Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular. Untuk makluman, istilah yang dipilih telah digubal oleh Jawatankuasa Pembentukan Istilah. | Istilah | 22.11.2017 |
| Assalamualaikum, Saya mengalami masalah untuk mengakses PRPM melalui pelayar sesawang telefon pintar saya. Adakah ketergendalaan ini sementara sahaja? | Kami menjangkakan masalah tersebut hanya sementaara kerana melalui uji cuba yang kami buat kami laman web berkenaan boleh diakses seperti biasa. | Lain-lain | 26.08.2017 |