MAKSUD PERKATAAN 'PERPADUAN' | Makna perkataan ini ialah penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll). Untuk mengetahui makna, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.02.2009 |
perpaduan | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna perkataan ini, berdasarkan Kamus Dewan, perpaduan ialah penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; | Istilah | 07.06.2009 |
Salam pihak DBP. Saya ada satu pertanyaan di sini. Apakah perbezaan di antara perkataan perpaduan dan kesepaduan?adakah ia mempunyai makna yang sama ataua makna yang berbeza? Saya ada mencari melalui carian google, terdapat satu carian yang menunjukka bahawa kedua makna perkataan ini mempunyai maksud berbeza Perpaduan-menjadi 1, berpadu, bergabung @bercampur sehingga kita tak mengenali bentuk asal Kesepaduan-seiring, bersama,selari @harmoni, tak bermaksud berpadu hingga hilang bentuk asalnya Adakah ini benar? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat kesepaduan bermaksud keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh. Perpaduan pula bermaksud penggabungan, peleburan; persesuaian, kecocokan; perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan. Daripada maksud yang diberikan, makna kedua-dua hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks. | Tatabahasa | 16.11.2016 |
Salam... Saya ingin bertanya dan fahami akan penggunaan imbuhan 'ber' dan 'be' dalam membuiat ayat. Bolehkah pihak tuan menerangkan kesesuaian penggunaan imbuhan tersebut semasa membuat ayat. | Dalam bahasa Melayu, awalan yang ada ialah awalan ber sahaja, tidak ada awalan be. Awalan ber membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif , sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Contohnya berangkat, berbaju, berlari, berfikir dsbnya. Apabila ber bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya ber + rasa = berasa, ber + raja = beraja. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 161. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
penggunaan apitan kata nama:penge-...an, per-..-an dan apitan me-..-kan | Apitan peng-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-...-an apabila bergabung dengan semua kata dasar yang bergabung itu berawalkan huruf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan, contohnya satu menjadi persatuan. Apitan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja, contohnya main menjadi memainkan dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 70, 124-129 untuk memahaminya dengan lebih lanjut. | Tatabahasa | 10.06.2009 |