Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : (pelékat) sj kain sarung (yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : ®pelakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : perekat, gam; berpelekat dilekat (dicantum) dgn perekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : /pelékat/, = kain ~ kain sarung yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya (biasanya dipakai oleh orang lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : bahan (spt gam, kanji) yg digunakan utk melekatkan sesuatu; perekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelekat

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya. Yang manakah ejaan yang betul antara 'kain pelekat' dengan 'kain pelikat'? Dalam kamus memang ejaan 'kain pelekat' tetapi apabila saya google dalam Internet dan berdasarkan percakapan harian, ejaan yang biasanya digunakan ialah 'kain pelikat'. Jadi, yang manakah betul?Istilah yang betul ialah "Kain Pelekat". Kain pelekat ialah kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. Kain pelekat biasanya dipakai oleh orang lelaki.Ejaan09.05.2013
Objek yang dipanggil "sepanduk" (banner) dan "papan tanda" (signboard) dikategorikan sebagai "placard" di dalam bahasa Inggeris, oleh itu adakah perkataan "pelekat" boleh digunakan sebagai padanan kepada perkataan "placard"?

Hal ini kerana kedua-dua "sepanduk" dan "papan tanda" mempunyai persamaan dengan "pelekat" iaitu "sesuatu benda yang mempunyai tulisan atau gambar yang bertujuan memberi maklumat kepada orang yang melihatnya"

Terima kasih.
Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi placard ialah pelekat.


Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan pelekat sebagai 1. sesuatu yang digunakan untuk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan: ~ kereta.

Sila rujuk pelekat">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pelekat.
Penyemakan dan penterjemahan02.10.2014
"Double sided tape" dalam bahasa Malaysia ialah "pita pelekat dua muka" atau boleh hanya menggunakan "pelekat dua muka"? Bagi "double sided foam tape" pula apakah perkataan BM yang digunakan?Padanannya ialah pita dua muka dan pita busa dua muka.Istilah04.02.2009
Apa beza pita pelekat dengan pita perekat? Yang mana lebih sesuai untuk sarikata?Kedua-dua istilah tersebut betul dan tidak ada perbezaan. Oleh itu, kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan.Istilah31.03.2011
double sided typepita pelekat/pita berpelekatLain-lain04.02.2009
Maksud lakri, berlakriLakri ialah sejenis pelekat, berlakri pula ialah berpelekat.Makna19.01.2010
Tuan, apakah istilah yang tepat bagi papan tanda yang dibawa ketika perbarisan kontijen sukan dll. Adakah penggunaan 'papan pelekat' betul?Benda yang tuan maksudkan ialah sepanduk, iaitu kain atau sebagainya yang dibawa sewaktu berarak.Istilah26.01.2014
SILA PERIKSA BANNER INI, UNTUK MEMOHOM LESENSila buat pembetulan perkataan HP kepada TB, simbol & perlu dieja penuh menjadi danPelekat Dinding kepada Kertas Hias Dinding.

Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan setelah membuat pembetulan.
Tatabahasa12.06.2013
Merujuk kepada jawap an yang tuan bagi(Bilangan 1 dan 2),yang mana satu tepat?terima kasihAyat yang betul ialah Navin menampal poster. Merujuk Kamus Dewan menampal bermaksud  merekat sesuatu seperti pelekat dan poster pada sesuatu, maka kata menampal lebih tepat digunakan dalam konteks yang tersebut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa12.07.2015
Takrif 'berendoi' dan kenapa perkataan tersebut yang merupakan adat Melayu tidak tersenarai dalam kamus?

Takrif "berendoi" telah dirakam dalam Ensiklopedia. BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir.  Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai).  Pada ketika anak itu selamat dinaikkan keendoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi.  Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah.

Lain-lain17.10.2018

Kembali ke atas