Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lé.sé.nan] | ڤليسينن

Definisi : urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan lesen: lembaga ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lé.sé.nan] | ڤليسينن

Definisi : hal-hal yg berkaitan dgn urusan memberi atau mengeluarkan lesen: lembaga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelesenan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pelesenanpelesenanEjaan20.04.2011
pelesenan atau perlesenan?Pelesenan merujuk proses memberikan lesen, iaitu perbuatan melesenkan. Perlesenan merujuk perihal berlesen. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   Ejaan29.05.2009
Ejaan pelesenan atau perlesenan (untuk nama bahagian)pelesenanEjaan20.04.2011
SISTEM PERLESENAN BERSEPADU atau SISTEM PELESENAN BERSEPADU mana yang betul untuk dijadikan tajuk system?Nama sistem yang betul ialah SISTEM PELESENAN BERSEPADU. Tatabahasa08.12.2014
Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan

Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang.

Makna27.02.2008
Tuan, Saya ingin bertanya berkaitan penggunaan ayat pendingin hawa. Saya bertugas di Jabatan Pelesenan MPBP, kebanyakan jenis perniagaan yang didaftarkan adalah "berhawa dingin". Sebagai contoh " kedai kek dan roti (berhawa dingin) , kedai makan (berhawa dingin) Soalan saya, adakah ayat pendingin hawa juga terpakai pada jenis perniagaan juga? Sekiranya ya, saya perlu mengubah perkataan ini di dalam sistem yang terpakai di MPBP. Terima kasihDalam keterangan perniagaan, sama ada sesebuah kedai itu mempunyai penyaman udara atau tidak, tidak perlu dinyatakan kerana perkataan tersebut tidak merujuk jenis peniagaan yang dijalankan, sebaliknya hanya kemudahan yang disediakan pihak kedai. Lain-lain13.10.2024
Saya ingin mendapatkan pandangan untuk terjemah nama jabatan saya kepada bahasa inggeris "JABATAN PELESENAN, KEBERSIHAN DAN KESIHATAN AWAM"
Cadangan kami ialah DEPARTMENT OF LICENSING, HYGIENE AND PUBLIC HEALTH
Penyemakan dan penterjemahan18.03.2019
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan "Broad Licence", bolehkah saya menterjemah frasa tersebut kepada "Pelesenan Luas"?Kami mencadangkan broad licence diterjemahkan sebagai "lesen luas". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah25.03.2022
Sila mengesahkan penggunaan Bahasa Malaysia pada visual iklan papan tanda untuk permohonan pemasangan iklan ke Jabatan Pelesenan.Penggunaan bahasa dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain04.04.2012
mana yg betul? Pengisytiharan atau perisytiharan Imbuhan yg betul perlu diguna utk perkataan yg bermula dgn huruf L cth: Lanjut- Perlanjutan atau Pelanjutan? Saya hanya pasti untuk Pelesenan (lesen). Tetapi tdk pasti utk kata nama perbuatan

Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran, contohnya: Mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisytiharan kemerdekaan. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, atau disebut juga pengumuman, pemakluman. Begitu juga dengan perlanjutan dan pelanjutan, kedua-duanya betul. Perkataan yang kata akarnya bermula dengan huruf L tidak mengalami peluluhan apabila menerima imbuhan/apitan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.

Tatabahasa15.12.2010
123

Kembali ke atas