Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.les.ta.rian] | ڤلستارين

Definisi : perlindungan drpd kemusnahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.les.ta.rian] | ڤلستارين

Definisi : perbuatan atau hal memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelestarian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud pelestarianKata dasar pelestarian ialah lestari yang membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Perkataan ini berasal daripada Indonesia. Maksud bagi pelestarian pula ialah perlindungan daripada kemusnahan atau kerosakan. Contoh ayatnya, pelestarian sumber-sumber alam.Makna21.12.2006
Assalamualaikum. Mohon bantuan, adakah penggunaan kata " pelestarian" dan "kelestarian" dlm ayat ini betul atau tidak. Mohon dibetulkan jika ada kesalahan: 1. Visi sekolah : " Warga SKPG2 mengamalkan budaya pelestarian alam sekitar" 2. Misi sekolah : " Warga SKPG2 menunjukkan kelestarian terhadap alam sekitar melalui amalan pengurusan, aktiviti kurikulum, aktiviti kokurikulum dan program penghijauan. Terima kasih atas bantuan tuan.1. Pelestarian bermaksud perbuatan atau hal memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala, penggunaan pelestarian dalam ayat contih yang diberikan betul.
2. Kelestarian bermaksud keadaan (hutan, persekitaran, dll) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal dan penggunaannya dalam ayat contoh yang kedua tidak tepat dari aspek makna perkataan tersebut dengan konteks ayat.
Tatabahasa09.08.2012
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin menggunakan tajuk berikut sebagai tajuk tesis Phd saya dan mohon bantuan semakan pihak tuan. PELESTARIAN PATRIOTISME

Mengikut Kamus Dewan, pelestarian ialah perlindungan daripada kemusnahan, manakala patriotisme pula ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Maka, secara literalnya, pelestarian patriotisme ialah pengekalan perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Namun, frasa PELESTARIAN PATRIOTISME bukan sahaja terlalu pendek untuk tajuk tesis, malah konsep tidak jelas.

Penyemakan dan penterjemahan07.03.2017
assalamualaikum tuan. saya ingin menggunakan tajuk berikut untuk penulisan tesis phd saya. Mohon pihak tuan untuk khidmat nasihat. Tajuk; PELESTARIAN PATRIOTISME DI SEKOLAH RENDAH OLEH SISWA PENDIDIK SEJARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAPenggunaan tajuk yang betul ialah PELESTARIAN PATRIOTISME DI SEKOLAH RENDAH OLEH SISWA PENDIDIK MATA PELAJARAN SEJARAH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA.Tatabahasa02.04.2017
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin menggunakan tajuk berikut sebagai tajuk tesis Phd saya dan mohon bantuan semakan pihak tuan. PELESTARIAN PATRIOTISME SISWA GURU PENDIDIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TERHADAP PELAJAR SEKOLAH RENDAHFrasa SISWA, GURU DAN PENDIDIK merujuk pada tiga individu yang berbeza? Apakah yang tuan maksudkan dengan SISWA GURU PENDIDIK? Di samping itu, apakah yang dimaksudkan dengan PELESTARIAN?  Mengikut Kamus Dewan, pelestarian ialah perlindungan daripada kemusnahan. Maka daripada tajuk yang diberikan, apakah maksud perlindungan/ pengekalan patriotisme pendidik IPG terhadap pelajar sekolah? Tajuk anda sangat mengelirukan. Penyemakan dan penterjemahan27.02.2017
ASSLAMUALAIKUM. Saya ingin bertanya tentang kesantunan berbahasa tonggak tamadun bangsa.Soalan saya. 1.Bagaimanakah cara kita untuk mengatasi masalah kepincangan berbahasa serta adat kesopanan dan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat kini? 2.Sejauh manakah pentingnya pelestarian bahasa melayu penting dari sudup taraf,fungsi dan peranannya dalam komunikasi? 3.Adakah bahasa dan budaya melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat.Bagaimana?Dalam menjawab soalan yang diberikan, pihak kami hanya memberikan pandangan umum sahaja. (i). Usaha untuk mengatasi masalah kesantunan berbahasa perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Asas yang kuat dapat meneguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua keadaan. (ii).  Pelestarian bahasa Melayu dalam komunikasi sosial dan keilmuan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Setiap rakyat seharusnya mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu dalam apa jua bidang. (iii). Bahasa dan budaya sememangnya melambangkan ketamadunan masyarakat. Slogan Bahasa Jiwa bangsa menggambarkan bahawa bahasa menjadi nadi bagi sesebuah bangsa; hilang bahasa, hilanglah bangsa.Makna17.01.2008
Apakah maksud lestari? Apakah maksud mampan? Apakah perbezaan kedua-dua perkataan ini? Adakah wujudnya perkataan kemampanan?

Lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap;  asli  atau terpelihara seperti asal. Contohnya, melestarikan hutan; kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain). Pelestarian; perlindungan daripada kemusnahan. Mampan bermaksud mampu mengekalkan atau pencapaian tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya).  Padanan dalam bahasa Inggeris ialah sustainable. Perkataan mampan menerima imbuhan apitan ke-an membentuk kata kemampanan yang bermaksud perihal mampan.  

 

Makna12.05.2020
Apakah maksud Pembangunan Mampan Melestarikan Alam Sekitar?..dan bagaimanakah cara2 melestarikan alam sekitar?Pembangunan mampan pernah ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pembangunan bersepadu dan menggunakan sumber dengan cekap dapat mengekalkan  alam sekitar yang bersih dan selamat untuk diwariskan kepada generasi akan datang.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelestarian alam sekitar termasuklah cara-cara melestarikan alam sekitar sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Makna18.03.2009

Kembali ke atas