Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.ta.kan]/[pe.le.ta/.kan] | ڤلتقن

Definisi : perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.ta.kan]/[pe.le.ta/.kan] | ڤلتقن

Definisi : perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peletakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan di antara "perletakan" dengan"peletakan"?Ejaan yang betul ialah peletakan. Lazimnya apabila ada kata kerja dengan awalan me- seperti meletak, maka wujudlah kata peletakan, iaitu perihal meletak.Tatabahasa03.05.2013
1) apakah maksud peletakan dari sudut pelancongan? 2) apakah maksud peletakan semula dari sudut pelancongan?

Saudara,

Soalan tidak jelas. Adakah bermaksud penempatan dan penempatan semula? Sila kemukakan soalan semula. 

Lain-lain07.07.2010
Saya mahu contoh surat perletakan jawatan sebagai pembantu tadbir dalam sesebuah syarikat

Isi surat peletakan jawatan adalah seperti yang berikut :

Perkara : Peletakan Jawatan Sebagai Pembantu Tadbir

Isi : i. Para 1 : Nyatakan tujuan anda. Tarikh berkuatkuasa.

         Para 2  : Nyatakan sebab peletakan jawatan.

Penutup :  Ucapan terima kasih / penghargaan.

Lain-lain28.05.2008
Terima kasih atas penjelasan tentang penggunaan di antara perkataan "Perletakan" dan "Peletakan". Namun, apabila saya menyemak “Carian Kata” di laman web DBP, perkataan “perletakan” masih dimaktubkan. Kenapa?Penggunaan yang baku ialah peletakan. Data yang diperoleh melalui Carian kata ialah huraian dalam entri kata (bukan dalam entri kata) yang diambil secara langsung daripada korpus dan juga data daripada istilah, iaitu istilah lama. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut.Tatabahasa10.05.2013
imbuhan pe dan per di hadapan kata 'lantik' dan 'letak'. (pelantikan/perlantikan) (perletakan/peletakan). Bagaimana hendak membezakan penggunaan imbuhan pe dan per. terima kasih..

Awalan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contoh, petinju. Yang kedua,  penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani . Manakala awalan per- berfungsi sebagai penanda makna alat atau tempat. Contohnya, perasap. Kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja. Contohnya,  perburu -orang yang berburu.

Oleh itu, ejaan yang betul untuk kata "lantik" dan "letak" ialah pelantikan/peletakan.  Kata "pelantikan" ialah orang yang dilantik, manakala kata "peletakan" ialah orang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya. Sdr dinasihat agar merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP.

Tatabahasa12.02.2009
Tuan, saya mempunyai satu pertanyaan. Ini berkaitan dengan ejaan. Antara 'perletakkan jawatan ' dengan 'peletakkan jawatan' yang manakah merupakan ejaan yang betul? Tunjuk ajar tuan amat saya hargai. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah peletakan jawatan. Lazimnya perkataan yang menerima awalan me- contohnya meletak akan menerima apitan pe-...-an, iaitu peletakan.Tatabahasa11.07.2012
Adakah betul perkataan 'perletakan' atau perkataan 'peletakan'Jawapan yang betul ialah perletakan. Harap maklum.Ejaan24.07.2007
ejaan yang betul untuk perletakkanEjaan yang betul ialah peletakan.Ejaan04.02.2010
Frasa yang manakah betul? (a) tempat letak kereta (b) tempat meletak kereta (c) tempat meletakkan kereta (d) tempat peletakan kereta.Dalam bentuk ayat yang lengkap ialah "tempat meletakkan kereta", tetapi untuk penamaan tempat/kawasan lazimnya dibuat dalam bentuk kata nama, iaitu "tempat letak kereta".Tatabahasa26.04.2010
Yang manakah betul tentang ayat di bawah? (a) tempat letak kereta (b) tempat meletak kereta (c) tempat meletakkan kereta (d) tempat peletakan kereta Terima kasihDalam bentuk ayat yang lengkap ialah "tempat meletakkan kereta", tetapi untuk penamaan tempat/kawasan lazimnya dibuat dalam bentuk kata nama, iaitu "tempat letak kereta".Tatabahasa26.04.2010
12

Kembali ke atas