Pelibatan dan penglibatan, mana satu tepat? |
| Ejaan | 18.08.2017 |
Mohon sedikit penjelasan. Saya dimaklumkan oleh rakan sejawat bahawa penggunaan perkataan PENGlibatan adalah salah dan sepatutnya PElibatan. Merujuk kepada Khidmat Nasihat DBP, adakah PENGlibatan dan PElibatan adalah betul atau hanya PElibatan ejaan yang betul. | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”. | Tatabahasa | 19.02.2014 |
Saya ingin memastikan sama ada penggunaan perkataan PELIBATAN IBU BAPA @ PENGLIBATAN IBU BAPA yang betul dan digunapakai untuk kajian ilmiah? Saya ingin kepastian bagi tujuan penulisan tajuk tesis saya, melalui pembacaan saya di dalam buku PPMP 2013-2025, mereka menggunakan perkataan PELIBATAN IBU BAPA tetapi sebaliknya kebanyakan penulisan menggunakan perkataan PENGLIBATAN IBU BAPA. Boleh berikan cadangan kepada saya supaya penambahbaikan dapat dilakukan segera. Terima Kasih. | Pembentukan kata yang betul ialah pelibatan. Daripada kata libat - melibat - pelibatan. Maka penggunaan kata yang paling tepat ialah "Pelibatan Ibu Bapa". Walaupun begitu kata penglibatan bukanlah salah, malah banyak digunakan dalam wacana dan ditemukan dalam data korpus. | Tatabahasa | 24.07.2015 |
Penglibatan atau pelibatan? Yang Mana digunakan dalam kontek yang betul untuk penglibatan ibubapa atau pelibatan ibubapa | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”. | Tatabahasa | 25.07.2018 |
Saya keliru tentang kata 'penglibatan' dan ' pelibatan', yang mana satu betul? Berdasarkan kamus dewan, penglibatan dianggap betul tetapi berdasarkan rumus pengimbuhan, pelibatan ialah kata yang sepatutnya. | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara. | Tatabahasa | 19.03.2014 |
Saya dimaklumkan oleh rakan sejawat bahawa penggunaan imbuhan peng- adalah salah bagi perkataan libat. Berdasar carian soalan khidmat nasihat dinyatakan PELIBATAN adalah tepat dan PENGLIBATAN juga telah dientrikan sebagai betul berdasarkan keadaan semasa. Saya membuat carian di dalam kamus online dbp dan dinyatakan carian kata PELIBATAN tidak ditemui di dalam kamus terkini. Mohon pencerahan berkenaan penggunaan yang terkini. PELIBATAN atau PENGLIBATAN? | Apitan kata nama peN-...-an menjadi pe-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y, dan w. Oleh itu, kata terbitan yang tepat bagi libat ialah pelibatan. Walau bagaimanapun, kata terbitan penglibatan juga telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 121-122. | Tatabahasa | 18.07.2024 |
As salam. Mohon pihak tuan membetulkan atau mencadangkan tajuk program di bawah. PROGRAM PERMUAFAKATAN MURID ORANG ASLI SERTA PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) NEGERI PAHANG 2018. Terima kasih. | PROGRAM PERMUAFAKATAN MURID ORANG ASLI SERTA PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) NEGERI PAHANG 2018. Berdasarkan cadangan tajuk yang diberikan, ada dua pengisian dalam program tersebut, iaitu permuafakatan murid dan pelibatan ibu bapa serta komuniti. Jika maklumat ini betul cadangan tajuk tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.10.2018 |
Salam sejahtera, saya ada pertanyaan untuk perkataan libat (perbuatan melibatkan diri). Sekiranya ada imbuhan di hadapan perkataan ini, adakah perkataan ini menjadi pelibatan atau penglibatan? Sekian, terima kasih di atas perhatian pihak DBP. | Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Pembentukan yang betul ialah melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan. Berdasarkan korpus, penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. | Tatabahasa | 17.08.2020 |
Mana yang betul? Pelibatan atau Penglibatan? Boleh tolong jelaskan? Terima kasih. | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah pelibatan. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan penglibatan maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi penglibatan juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan pelibatan. | Ejaan | 30.04.2025 |
Salam sejahtera. Saya dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan tajuk program Pelibatan Ibu Bapa dan Sekolah. Adakah maksud atau penggunaan nya berbeza dengan Penglibatan Ibu Bapa dan Sekolah? | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”. | Tatabahasa | 19.02.2014 |